Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kes penyakit kuku dan mulut pertama dalam 9 bulan disahkan di Incheon, Korea Selatan
  • KESIHATAN

Kes penyakit kuku dan mulut pertama dalam 9 bulan disahkan di Incheon, Korea Selatan

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

SEOUL, Korea Selatan: Kes pertama penyakit kuku dan mulut (FMD) dalam tempoh sembilan bulan disahkan di sebuah ladang lembu di Incheon hari ini, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pihak berkuasa.

Kes itu dilaporkan di daerah Ganghwa, menyebabkan pihak berkuasa menaikkan tahap amaran daripada ‘perhatian’ kepada ‘serius’ di Incheon dan bandar berdekatan, Gimpo, menurut ibu pejabat pusat kerajaan bagi tindak balas FMD.

Pakar kuarantin dan epidemiologi telah dihantar ke ladang terjejas bagi membantu menghentikan penularan penyakit itu, manakala 246 lembu di ladang tersebut akan dimusnahkan mengikut prosedur berkaitan.

FMD ialah penyakit virus akut yang menjangkiti haiwan berkuku belah seperti lembu, babi, kambing dan lain-lain. Ia tidak memberi kesan kepada manusia.

Kerajaan berkata ia telah mengeluarkan arahan henti sementara selama 48 jam terhadap pekerja dan kenderaan yang mempunyai akses ke ladang serta kemudahan berkaitan ternakan lain di Incheon dan Wilayah Gyeonggi.

Hampir 40 peralatan pembasmi kuman akan digunakan untuk membersihkan ladang dan jalan berdekatan di Incheon dan Gimpo.

Pasukan tindak balas FMD mengadakan mesyuarat kemudian pada hari sama untuk membincangkan wabak itu dan langkah kuarantin yang sesuai.

Pasukan itu memutuskan untuk menjalankan vaksinasi kecemasan dan ujian klinikal ke atas 92,000 haiwan di 1,008 ladang di Incheon dan Gimpo sehingga 8 Februari.

Sekiranya kes disahkan, pakar kawalan penyakit akan dihantar ke ladang terjejas untuk memusnahkan dan menanam ternakan serta mengambil langkah lain yang perlu.

Kali terakhir FMD disahkan di negara itu ialah pada April tahun lepas.

-Bernama  

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Stok darah rendah menjelang musim perayaan, orang ramai digesa tampil menderma
Next: ‘United by Unique’ warnai sambutan Hari Kanser Sedunia 2026 di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.