Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM135,000 peruntukan MRP disalurkan kepada 13 organisasi di Marudi
  • Utara
  • WILAYAH

RM135,000 peruntukan MRP disalurkan kepada 13 organisasi di Marudi

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENERIMA cek MRP bergambar kenangan bersama Datuk Dr Penguang Manggil.  Oleh Jiku Juguong

MARUDI: Sebanyak RM135,000 daripada peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diagihkan hari ini kepada 13 organisasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata penyerahan cek MRP kali ini merupakan sesi kedua.

“Pada sesi pertama, sebanyak 100 keping cek MRP telah diagihkan kepada Ketua-Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Kaum (KMKK), badan bukan kerajaan (NGO) serta Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Beluru dan Miri,” katanya pada penyerahan cek MRP di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Marudi hari ini.

TERIMA KASIH… Datuk Dr Penguang Manggil menyampaikan cek MRP kepada Pemanca Jamel Haji Sabil bagi mewakili Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Baram.  Oleh Jiku Juguong

Beliau yang juga Ahli Dewan Undngan Negeri (ADUN) Marudi berkata jumlah keseluruhan MRP yang telah disalurkan ialah RM934,500 kepada 113 penerima di seluruh kawasan Marudi.

“Ini merupakan kali ketiga saya menyerahkan cek MRP secara berperingkat. Saya juga telah menerima empat keping cek untuk Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), yang akan diagihkan di Miri esok dan pada 21 Februari di Entulang,” katanya

Beliau menggesa semua KMKK agar mengemukakan permohonan UNIFOR secepat mungkin, memandangkan dua hari lalu UNIFOR telah mengadakan bengkel di Miri bagi mengemaskini permohonan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Penguang turut membincangkan isu politik, memaklumkan bahawa dalam mesyuarat kabinet minggu lepas, beliau telah membentangkan kertas kerja, dan salah satu topik hangat yang dibincangkan ialah Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13.

“Saya telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13 berkemungkinan akan diadakan pada Jun atau Julai tahun ini,” katanya.

Tegasnya, Baram Regata akan menyusul selepas itu, dan beliau menambah sekiranya PRN diadakan pada penghujung tahun ini, Regata Baram akan dijalankan terlebih dahulu sebelum pilihan raya tersebut.

Terdahulu, Organisasi yang menerima peruntukan MRP tersebut termasuk Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Baram, Masjid As-Salam Marudi, JATAIM Marudi, Surau At-Taqwa Kampung Narum, Surau Ar-Rahman Kampung Padang Kerbau, Saberkas Marudi, JKKK Kampung Narum (Pergerakan Wanita Marudi), JKKK Rh. Nyegang Sg. Temiang, JKKK Rh. James Ansi, PERKIP Marudi (Kelab Hospital Marudi), Kelab Badminton Baram, Jawatankuasa Christmas Parade Marudi, serta Majlis Guru Besar Daerah Baram (Zon Baram Hilir).

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka mohon pihak berwajib segerakan selenggara jambatan Jelupang Baroh
Next: Pendawaian semula elektrik Rumah Catherine Renang siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.