Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jemaah umrah tuntut kerugian lebih RM78,300, MOTAC arah siasatan
  • SEMASA

Jemaah umrah tuntut kerugian lebih RM78,300, MOTAC arah siasatan

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI Parlimen Miri Chiew Choon Man bersama Pegawai Penguat Kuasa MOTAC yang menjalankan pemeriksaan serta penggeledahan di sebuah pejabat cawangan syarikat berkenaan di Kuching, hari ini.

MIRI: Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, menggesa tindakan tegas diambil terhadap sebuah agensi pelancongan susulan kes kegagalan menguruskan jemaah umrah sehingga menyebabkan kerugian melebihi RM78,300.

Menurut beliau, kes berkenaan dilaporkan oleh akhbar berbahasa Inggeris pada 28 Januari lalu melibatkan jemaah umrah dari Miri yang terpaksa menanggung sendiri kos penginapan serta tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

“Perkara ini amat serius kerana melibatkan kebajikan jemaah dan kepercayaan orang ramai terhadap industri pelancongan umrah.

“Tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

Sehubungan itu, Chiew memaklumkan bahawa Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)  telah diarahkan untuk mengambil tindakan segera.

Hari ini, Pegawai Penguat Kuasa MOTAC telah menjalankan pemeriksaan serta penggeledahan di sebuah pejabat cawangan syarikat berkenaan di Kuching.

Hasil pemeriksaan menemukan beberapa dokumen dan barangan berkaitan yang telah disita bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati syarikat tersebut gagal menunaikan perkhidmatan yang dijanjikan kepada pelanggan, sekali gus memaksa jemaah menanggung kos sendiri.

Kes disiasat di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) serta peraturan-peraturan di bawahnya. Jika sabit kesalahan, tindakan tegas termasuk hukuman berat boleh dikenakan.

Chiew menegaskan, pihak berkuasa perlu memastikan pengusaha pelancongan berlesen menjalankan perniagaan secara bertanggungjawab demi melindungi kepentingan pengguna dan imej industri pelancongan negara.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemotongan Bayaran Insentif Wilayah berisiko lemahkan sistem kesihatan Sarawak, Sabah dan Labuan
Next: Isu Petronas: Sarawak persoal restu Perdana Menteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.