Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Semeru meletus dua kali, hambur abu setinggi 700 meter
  • GLOBAL

Gunung Semeru meletus dua kali, hambur abu setinggi 700 meter

Utusan Sarawak 7 hours ago
GUNUNG Semeru meletus pada pagi semalam.

LUMAJANG, Jawa Timur: Gunung Semeru di Indonesia, yang terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang di Jawa Timur, meletus pada pagi semalam dengan memuntahkan lajur abu setinggi 700 meter dari puncaknya, lapor Agensi Berita Antara.

“Gunung Semeru meletus semalam pada 7.20 pagi (waktu tempatan). Lajur letusan yang diperhatikan mencapai kira-kira 700 meter di atas puncak, atau 4,376 meter dari aras laut,” kata pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Mukdas Sofian.

Beliau berkata lajur abu tebal itu berwarna putih ke kelabu dan bergerak ke arah tenggara.

Letusan direkodkan pada seismograf dengan amplitud maksimum 22 milimeter dan tempoh 115 saat.

Letusan itu menyusuli satu letusan awal pada 4.47 pagi (waktu tempatan) yang menghasilkan lajur abu setinggi 500 meter dan berlangsung selama 123 saat dengan amplitud 20 milimeter.

Gunung Semeru kini berada pada Tahap Amaran III. Sehubungan itu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) melarang semua aktiviti di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam lingkungan 13 kilometer dari puncak.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan agar menjauhi tebing sungai di sepanjang Besuk Kobokan sekurang-kurangnya 500 meter berikutan risiko aliran awan panas dan aliran lava yang boleh mencapai sehingga 17 kilometer dari puncak.

“Orang ramai juga dilarang menjalankan sebarang aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah atau puncak Gunung Semeru kerana risiko lontaran batu,” katanya lagi.

Di samping itu, orang ramai diminta sentiasa berwaspada terhadap risiko aliran awan panas dan aliran lava di sepanjang sungai serta lembah yang berpunca dari puncak Gunung Semeru, khususnya Besuk Kobokan, Besuk Bang, Besuk Kembar dan Besuk Sat, serta kemungkinan berlakunya lahar di sungai-sungai kecil yang mengalir ke Besuk Kobokan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pesawat kecil terhempas di Colombia, 15 termasuk anggota kongres maut
Next: Indonesia adakan sidang Isbat 17 Februari ini, tentukan permulaan Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.