Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • KPDN warta larangan warga asing beli minyak masak paket bersubsidi bermula 1 Mac ini
  • BISNES

KPDN warta larangan warga asing beli minyak masak paket bersubsidi bermula 1 Mac ini

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mewartakan peraturan larangan pembelian minyak masak paket bersubsidi kepada bukan warganegara berkuat kuasa 1 Mac ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata peraturan itu dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan dengan punca kuasa Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Peruntukan undang-undang ini akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dikuatkuasakan. Jadi, dengan adanya larangan ini, kami dapat memastikan subsidi itu akan dimanfaatkan warganegara dan tidak dibuka ruang kepada warga asing,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) sama ada KPDN berhasrat mengintegrasikan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) dengan pangkalan data bantuan lain bagi mengelakkan lambakan birokrasi dan amalan bekerja secara silo.

Armizan berkata KPDN juga sedang dalam fasa perbincangan dengan Kementerian Kewangan bagi mengintegrasi platform MyKasih sebagai antara opsyen pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh rakyat. 

“Mungkin selepas ini dengan hanya mengimbas kad pengenalan… membolehkan pengguna membeli minyak masak paket tanpa menggunakan aplikasi eCOSS,” katanya.

Armizan berkata kejayaan penggunaan MyKad bagi pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan BUDI MADANI RON 95 menjadi rujukan KPDN dalam pelaksanaan cadangan menggunakan kad pengenalan sebagai opsyen pembelian minyak masak paket bersubsidi.

Armizan ketika mengulas mengenai keberkesanan eCOSS dalam menangani ketirisan penjualan minyak masak paket bersubsidi di pasaran berkata sejak dilaksanakan pada Mei 2025, sistem itu merekodkan pembelian sebanyak 20,361,432 paket.

“Sekurang-kurangnya kami sudah ada data siapakah yang membeli minyak masak paket ini dalam  kalangan warganegara dan hala tuju program ini juga dapat ditentukan bersandarkan kepada keputusan berasaskan data. Itulah matlamat kami,” katanya.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, petrol RON97 dan RON95 kekal
Next: Petronas mahu kekalkan pengeluaran domestik dua juta tong minyak sehari, dalam tiga tahun akan datang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.