Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Permintaan tinggi, gula apong Kampung Perpat laris di pasaran
  • TEMPATAN

Permintaan tinggi, gula apong Kampung Perpat laris di pasaran

Utusan Sarawak 11 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa melakukan lawatan di lokasi pembuatan gula apong di Kampung Perpat, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Permintaan yang tinggi terhadap gula apong tradisional membolehkan hasil keluaran dari Kampung Perpat mendapat sambutan menggalakkan di pasaran sebagai antara produk tempatan terbaik dan berkualiti tinggi di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, kualiti gula apong Kampung Perpat yang terkenal serta telah lama dikenali pelanggan menjadi faktor utama produk berkenaan sentiasa laris dan menerima permintaan berterusan.

Menurut beliau, semasa lawatan ke Kampung Tengah Perpat semalam, beliau bersama rombongan berkesempatan singgah untuk melihat sendiri proses pembuatan gula apong oleh salah seorang pengusaha tempatan.

Katanya, rombongan turut diberikan penerangan ringkas mengenai kaedah pemprosesan gula apong asli yang masih mengekalkan teknik tradisional dan memerlukan tempoh masa yang agak panjang.

“Proses ini bermula dengan pengambilan air nira daripada pokok nipah yang kemudiannya dimasak selama beberapa jam sehingga pekat dan berkaramel, tanpa sebarang campuran bahan lain,” katanya.

Beliau menjelaskan, kaedah tradisional itu bukan sahaja mengekalkan keaslian rasa, malah berjaya menghasilkan gula apong yang tulen, berkualiti tinggi serta mempunyai nilai pasaran yang baik.

Mohamad Duri berkata, keunikan rasa dan mutu gula apong Kampung Perpat menjadikannya pilihan utama pelanggan, termasuk dari luar kawasan, yang sanggup mendapatkan bekalan secara tetap.

Tambahnya, beberapa orang pengusaha gula apong di kampung berkenaan menjadikan aktiviti pemprosesan gula apong sebagai sumber pendapatan utama bagi menyara keluarga mereka.

Jelas beliau, industri kecil dan sederhana berasaskan produk tradisional seperti gula apong mempunyai potensi besar untuk terus dimajukan sekiranya mendapat sokongan berterusan daripada semua pihak.

“Alhamdulillah, permintaan yang tinggi membolehkan jualan gula apong dari Kampung Perpat sentiasa mendapat sambutan di pasaran kerana kualitinya memang telah dikenali ramai pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada agensi kerajaan yang membantu pengusaha gula apong dengan pembinaan bangsal khas sebagai tempat memasak gula apong.

Menurutnya, kemudahan tersebut bukan sahaja meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengusaha, malah membantu melancarkan proses pengeluaran secara lebih teratur.

Beliau berharap sokongan berterusan daripada kerajaan dan agensi berkaitan dapat terus memperkasa industri gula apong tempatan, sekali gus meningkatkan pendapatan pengusaha serta memelihara warisan tradisional masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Anak Sarawak diingatkan kekal mempertahankan maruah negeri
Next: Tiga rumah kedai Pejabat SUPP di Jalan Kampung Nyabor dikembalikan secara rasmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.