Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Regata Bintulu kembalikan identiti bandar, perkukuh kerjasama pelbagai agensi
  • Utara
  • WILAYAH

Regata Bintulu kembalikan identiti bandar, perkukuh kerjasama pelbagai agensi

Utusan Sarawak 10 hours ago
RAKAM KENANGAN… Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bolhan bergambar bersama wakil agensi dan rakan strategik sempena Majlis Penghargaan Bintulu Regata 2026 di sebuah hotel di Bintulu.

BINTULU: Usaha menghidupkan kembali Regata Bintulu selepas lebih sedekad tidak dianjurkan berjaya dilaksanakan hasil kesepaduan pentadbiran daerah bersama agensi kerajaan, rakan strategik dan sokongan padu masyarakat setempat.

Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bolhan berkata, penganjuran semula regata tersebut bukan sahaja bertujuan mengembalikan acara tradisi tempatan, malah berperanan memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi yang terlibat dalam pelbagai aspek pelaksanaan.

Menurut beliau, keputusan untuk menganjurkan semula regata dibuat setelah mengambil kira keupayaan serta pengalaman agensi di Bintulu yang terbukti berkesan dalam menjayakan program berskala besar.

“Jika kita tidak memulakannya, tiada pihak lain yang akan melaksanakannya. 

“Justeru, kita mengambil langkah berani untuk menganjurkannya dan melihat sambutan yang amat memberangsangkan daripada masyarakat, khususnya penduduk Bintulu,” katanya.

UCAPAN… Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bolhan berucap pada Majlis Penghargaan Bintulu Regata 2026 di sebuah hotel di Bintulu semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan Bintulu Regata 2026 yang diadakan di sebuah hotel di sini, semalam.

Awang Nizam menjelaskan, kekuatan kerjasama antara agensi di daerah berkenaan bukan sahaja terserlah dalam penganjuran program, malah turut terbukti berkesan ketika berdepan situasi kecemasan dan bencana.

Penganjuran semula regata seumpama itu dilihat mampu menjadi platform menyatukan komuniti, di samping memperkukuh imej Bintulu sebagai bandar yang aktif dengan acara kebudayaan dan pelancongan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta Saok Layang-Layang Pantai Alit, lonjak potensi pelancongan di Daerah Kabong
Next: Anggota APM berjaya musnahkan sarang tebuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.