Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dihukum penjara 20 bulan akibat rasuah
  • GLOBAL

Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dihukum penjara 20 bulan akibat rasuah

Utusan Sarawak 10 hours ago
BEKAS wanita pertama Korea Selatan, Kim Keon Hee (tengah), isteri bekas presiden yang dimakzulkan, Yoon Suk Yeol, tiba di Pejabat Pendakwa Khas di Seoul pada 6 Ogos 2025. Foto AFP

SEOUL: Bekas Wanita Pertama Korea Selatan, Kim Keon Hee, dihukum penjara 20 bulan oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul hari ini, selepas didapati bersalah menerima suapan barangan mewah daripada sebuah pertubuhan keagamaan.

Hakim Woo In Sung memutuskan Keon Hee, 53, bersalah atas pertuduhan rasuah selepas menerima barangan mewah termasuk beg tangan Chanel dan rantai Graff daripada pertubuhan itu.

Namun, mahkamah berkenaan membebaskannya daripada pertuduhan manipulasi saham dan pelanggaran undang-undang pembiayaan kempen pilihan raya. Pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman penjara selama 15 tahun.

MAHKAMAH Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun lapan bulan kepada bekas wanita pertama, Kim Keon Hee, pada 28 Januari 2026 atas kesalahan rasuah, susulan penahanan suaminya berhubung tindakan berkaitan dengan pengisytiharan undang-undang tentera pada 2024 mencetuskan krisis. Foto AFP

Dalam penghakimannya, Hakim In Sung berkata, kedudukan Keon Hee, sebagai isteri presiden ketika itu memberinya pengaruh besar yang disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.

“Kedudukan seseorang tidak boleh dijadikan alat untuk mengejar keuntungan peribadi,” katanya.

Bagaimanapun, Keon Hee masih berdepan dua lagi perbicaraan berasingan berkaitan rasuah dan pelanggaran Akta Parti Politik, termasuk dakwaan mengatur kemasukan lebih 2,400 pengikut Gereja Penyatuan ke dalam Parti Kuasa Rakyat pimpinan suaminya, Yoon Suk Yeol, ketika itu.

Suk Yeol turut dipenjarakan atas kesalahan berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera pada Disember 2024 yang mencetuskan krisis politik besar di negara itu.

Siasatan terhadap kes Keon Hee turut membawa kepada penahanan pemimpin Gereja Penyatuan, Han Hak Ja, serta hukuman penjara terhadap beberapa individu lain termasuk bekas pegawai gereja dan ahli parlimen pembangkang yang menerima dana haram.

Kontroversi membabitkan Keon Hee sering membayangi pentadbiran Yoon, termasuk skandal penerimaan beg tangan mewah yang menyumbang kepada kekalahan besar parti pemerintah dalam pilihan raya umum 2024. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lei Lei dan Xiao Xiao dihantar pulang ke China
Next: Pesawat kecil terhempas di Colombia, 15 termasuk anggota kongres maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.