Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • BSJD Saratok serbu empat premis, dua individu dicekup aktiviti judi haram
  • JENAYAH

BSJD Saratok serbu empat premis, dua individu dicekup aktiviti judi haram

Utusan Sarawak 8 hours ago
OPS Dadu yang dijalankan oleh BSJD IPD Saratok membawa kepada tangkapan dua individu disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian nombor ekor awam haram, semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) melancarkan Ops Dadu dengan memeriksa empat premis berasingan di sekitar Saratok dan Roban, semalam, sekali gus membawa kepada tangkapan dua individu disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian nombor ekor awam haram.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata operasi yang dijalankan sekitar 4.15 petang hingga 4.39 petang itu bertujuan membanteras kegiatan perjudian, khususnya yang dijalankan secara fizikal dan atas talian.

KETUA Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di sebuah kedai snooker di Saratok, namun hasil pemeriksaan terhadap seorang lelaki tempatan tidak menemukan sebarang barang menyalahi undang-undang.

“Serbuan kedua pula di sebuah premis Saratok, juga tidak menemui sebarang aktiviti perjudian dan tiada tangkapan atau rampasan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, operasi berjaya dalam serbuan ketiga apabila polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun di sebuah pondok di Roban yang dipercayai menjalankan kegiatan menjual nombor ekor awam haram.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, keratan kertas mengandungi nombor loteri, sebatang pen dan wang tunai RM20.

DSP Mathew berkata suspek mengaku bertindak sebagai agen jualan judi haram di sekitar pekan Roban dan menggunakan telefon pintar bagi tujuan urus niaga, selain menunggu pelanggan di lokasi tersebut.

Dalam serbuan keempat, seorang lelaki tempatan berusia 72 tahun ditahan di sebuah bengkel kereta di Jalan Wawasan Saratok, dipercayai menjalankan aktiviti sama. Polis merampas sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM85.

“Siasatan awal mendapati suspek menjadikan jualan nombor ekor awam haram sebagai pendapatan sampingan selain bekerja menghantar barangan tunai semasa penghantaran (COD),” katanya.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan setakat ini disahkan selesai, manakala ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati negatif.

IPD Saratok menegaskan komitmen akan terus mempergiatkan operasi bagi memastikan kegiatan perjudian haram di daerah ini dibanteras sepenuhnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan susulan kecurian hamper di MyDaily Mart
Next: Dua lelaki berulang kali terlibat kes dadah dijatuhi penjara dan sebatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.