Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Susan Sarandon bakal diberi penghormatan di anugerah filem tertinggi Sepanyol
  • HIBURAN

Susan Sarandon bakal diberi penghormatan di anugerah filem tertinggi Sepanyol

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR fail menunjukkan pelakon Amerika Syarikat, Susan Sarandon, bergambar sewaktu tiba pada 18 Mei 2017 untuk tayangan filem Loveless (Nelyubov) di edisi ke-70 Festival Filem Cannes di Cannes, selatan Perancis. Foto AFP

MADRID: Veteran bintang Hollywood, Susan Sarandon, akan menerima anugerah antarabangsa pada anugerah filem paling berprestij Sepanyol bulan depan atas kerjayanya yang “luar biasa” serta “komitmen politik dan sosial yang berani”, umum Akademi Perfileman Sepanyol.

Pelakon Amerika Syarikat yang pernah menang Oscar itu, kini berusia 79 tahun, akan menerima penghormatan pada Anugerah Goya ke-40 di Barcelona pada 28 Februari atas pengiktirafan terhadap gabungan bakat, kejayaan profesional, glamor serta komitmen sosial dan politik yang diwakilinya.

Kerjayanya merangkumi “karya agung yang tidak dapat dipertikaikan, filem ikonik yang telah menjadi sebahagian daripada budaya popular, serta karya berstatus klasik”, kata Akademi, sambil menyenaraikan The Witches of Eastwick, The Client dan Atlantic City sebagai antara “judul legendari” beliau.

Akademi turut menekankan “kepelbagaian lakonannya, suara lantangnya dalam pelbagai perjuangan, serta kecenderungannya mengambil risiko dan meneroka sinema eksperimental”, termasuk peranannya dalam filem klasik feminis, ‘Thelma and Louise.’

Sarandon menang anugerah Oscar Pelakon Wanita Terbaik pada 1996 menerusi filem Dead Man Walking, yang mana beliau melakonkan watak seorang biarawati yang menyokong seorang lelaki yang dijatuhi hukuman mati.

Akademi juga menyifatkan beliau sebagai “pembela tegar hak asasi manusia”.

Sarandon dikenali sebagai pengkritik lantang terhadap apa yang disifatkannya sebagai ‘genosid’ di Gaza, selain terlibat secara aktif dalam perbahasan mengenai kebebasan bersuara dan hukuman mati di Amerika Syarikat.

Beliau akan menyertai Cate Blanchett, Juliette Binoche, Sigourney Weaver dan Richard Gere sebagai antara bintang asing yang pernah memenangi anugerah antarabangsa di Anugerah Goya. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Lisa Blackpink dilantik duta Amazing Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.