Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Saok Layang-Layang Pantai Alit, lonjak potensi pelancongan di Daerah Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Pesta Saok Layang-Layang Pantai Alit, lonjak potensi pelancongan di Daerah Kabong

Utusan Sarawak 9 hours ago
PEGAWAI Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee menyempurnakan Pesta Saok Layang-Layang di Pantai Kampung Alit, baru-baru ini. Foto: PJM Plantation

KABONG: Pantai Kampung Alit baru-baru ini menjadi tumpuan apabila Pesta Saok Layang-Layang julung kali diadakan selama tiga hari berturut-turut, menarik minat pengunjung dari seluruh negeri.

Acara meriah ini ditaja sepenuhnya oleh PJM Plantation (KP) Sdn. Bhd., dengan kerjasama Persatuan Panglima Kites Fighter, ketua kaum Kampung Alit serta Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Alit.

Menurut Pengarah PJM Plantation (KP) Sdn. Bhd., Mohamad Yussof Rahmad, tujuan utama pesta ini adalah untuk memperkenalkan keindahan dan keunikan sejarah Pantai Kampung Alit kepada dunia.

Pantai ini katanya bukan sahaja indah, malah menyimpan sejarah yang tersirat sejak zaman perang. Pada 1940-an, pantai ini menjadi titik pendaratan tentera Jepun menuju Kampung Nyabor dan Kampung Sessang.

PESTA Saok Layang-Layang di Pantai Kampung Alit yang julung kalinya diadakan berjaya menarik minat pengunjung dari seluruh negeri. Foto: PJM Plantation

Penduduk tempatan ketika itu terpaksa membina parit laluan dari Kampung Sessang ke Kampung Nyabor untuk mengangkut bekalan tentera Jepun, parit yang masih wujud hingga kini.

Pesta yang diadakan buat pertama kali ini mendapat sambutan luar biasa. Penyertaan pemain layang-layang atau “gudi” bukan sahaja dari Kabong, malah datang dari seluruh Sarawak termasuk Kuching, Sri Aman, Betong, Saratok, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Serian.

Selain daripada pertandingan Saok Layang-Layang, pesta ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti Pertandingan Memancing Tepi Pantai, yang menarik hampir 400 peserta. Acara turut meriah dengan Pertandingan Karaoke, Cabutan Bertuah, Cabutan Bonanza, dan gerai jualan yang menyemarakkan suasana.

Pesta ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee, yang hadir bersama beberapa pegawai dan ahli jawatankuasa tempatan, termasuk Pegawai Tadbir, Mohd Sabri Salleh, Joll A’ee, Ketua Kaum Majlan Julaihi, Penghulu Kamalludin Rambli, Rafidah Majidi, dan Ketua Masyarakat serta Ketua Kaum Daerah Kabong.

Selain menjadi platform riadah, pesta ini turut mempromosikan PJM Plantation (KP) Sdn. Bhd., syarikat yang aktif dalam perladangan pokok Kenaf dan kelapa sawit.

Tanaman Kenaf berpotensi menghasilkan minyak pesawat, diesel, gas, dan arang, seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan serta meningkatkan ekonomi masyarakat sekitar.

Bagi pertandingan Saok Layang-Layang, juara disandang oleh Alem (Lanun Langit, Miri), manakala Oscar (WPK, Mukah) dan Ajul (TSK Sarikei) masing-masing meraih naib johan dan tempat ketiga.

Alif Asraf Safar telah muncul johan apabila berjaya mendaratkan ikan pari seberat 1.350 kilogram (kg). Naib johan telah dimenangi peserta, Safar Daud yang menaikkan ikan belukang seberat 0.964 gram, manakala tempat ketiga, Lawing Impin berjaya mendaratkan ikan pari seberat 0.924 gram.

MOHAMAD Yussof Rahmad menyampaikan pemenang cabutan  tiket bertuah berupa sebuah motosikal kepada pengunjung yang bertuah. Foto: PJM Plantation

Sementara itu, peserta yang telah mendapatkan ikan terpantas telah dimenangi oleh Dayang Fauziah Awang Johari apabila beliau berjaya menaikkan ikan usus seberat 0.020 gram manakala Cabutan Bonanza dimenangi peserta tempatan dari Kabong. Kesemua pengunjung dan peserta berharap pesta ini menjadi acara tahunan.

Menurut Mohamad Yussof, kehadiran Pegawai Daerah Kabong untuk merasmikan acara ini menzahirkan komitmen tinggi terhadap pembangunan komuniti.

Beliau menzahirkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua pihak yang menjayakan pesta tersebut dan berharap acara ini akan terus berkembang pada tahun-tahun mendatang.

Pesta Saok Layang-Layang bukan sekadar pertandingan, malah merupakan jambatan antara sejarah, budaya, dan rekreasi yang menyatukan masyarakat, sambil mempromosikan keindahan dan potensi ekonomi Pantai Kampung Alit di Daerah Kabong.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Persatuan Anak Kabong hulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sessang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.