Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, petrol RON97 dan RON95 kekal
  • BISNES

Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, petrol RON97 dan RON95 kekal

Utusan Sarawak 15 hours ago
FOTO Bernama

KUALA LUMPUR: Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak empat sen kepada RM2.92 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 29 Januari hingga 4 Februari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh sama.

Sementara itu, harga petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 turut dikekalkan pada RM1.99 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah susulan pelabur ambil untung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.