Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang di hutan Kampung Sepurau
  • Utara
  • WILAYAH

Lelaki ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang di hutan Kampung Sepurau

Utusan Sarawak 3 weeks ago

MANGSA... Anggota bomba dan APM membawa keluar mayat mangsa hilang dalam kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Sepurau, Bekenu, pagi tadi.

BEKENU: Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemui meninggal dunia dalam kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Sepurau, Bekenu, pagi tadi.

Mangsa, Zaidi Talip, 41 tahun, berbangsa Kedayan, dilaporkan keluar dari rumah untuk berburu pada Ahad lalu, 25 Januari lalu kira-kira jam 8.30 malam dan gagal pulang ke rumah sehingga laporan dibuat.

Pada jam 10.40 pagi tadi, mangsa berjaya ditemui kira-kira 150 meter dari rumahnya. 

Menurut maklumat, usaha menghubungi mangsa melalui telefon oleh ahli keluarga pada 26 dan 27 Januari tidak mendapat sebarang maklum balas sebelum mangsa tidak dapat dihubungi sepenuhnya pada pagi tadi.

Penduduk kampung seramai 34 orang telah menjalankan pencarian awal pada malam Selasa, 27 Januari selama dua jam namun gagal menemui mangsa.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat dan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) digerakkan dengan penglibatan pelbagai agensi.

Operasi SAR yang diketuai oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bermula seawal jam 7.30 pagi dengan kekuatan keseluruhan tujuh anggota bomba menggunakan sebuah kenderaan Hilux.

Pencarian dijalankan bersama penduduk kampung dalam radius 200 meter di kawasan hutan belakang rumah mangsa.

Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 12.40 tengah hari tadi.

Pasukan Forensik Polis tiba di lokasi sekitar jam 1.00 petang untuk siasatan lanjut sebelum pasukan bomba membantu mengangkat mangsa ke Pusat Kawalan Bomba dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis.

Operasi SAR ditamatkan secara rasmi pada jam 2.30 petang oleh PDRM.

Turut terlibat dalam operasi tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) serta penduduk kampung.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Jambatan laluan motosikal dan pejalan kaki baharu bakal dibina di Kampung Kepayang
Next: Masalah hakisan tanah di Taman Hill View 2 masih berlanjutan, penduduk bimbang kerugian dan risiko keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.