Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wilfred sampaikan geran MRP kepada SJK Chung Hua Stampin
  • TEMPATAN

Wilfred sampaikan geran MRP kepada SJK Chung Hua Stampin

Utusan Sarawak 6 hours ago
SERAH…Wilfred Yap menyerahkan geran RM30,000 yang disaksikan oleh pemimpin komuniti dan ahli lembaga sekolah.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, telah menyampaikan geran Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM30,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Stampin bagi menyokong dana pembinaan serta pembangunan infrastruktur sekolah tersebut.

Penyerahan geran tersebut dilakukan semasa lawatan beliau ke sekolah berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bagi menambah baik persekitaran pembelajaran serta memastikan sekolah di kawasan Kota Sentosa menerima bantuan yang praktikal dan tepat pada masanya.

Menurut Wilfred Yap, pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang memerlukan sokongan berterusan, terutamanya sekolah vernakular yang banyak bergantung kepada sumbangan komuniti serta bantuan kerajaan Sarawak bagi melaksanakan projek pembangunan.

“Sekolah seperti SJK Chung Hua Stampin memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa depan. Sumbangan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyokong pembangunan sekolah dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk pelajar dan guru,” katanya.

Beliau turut menegaskan akan terus bekerjasama rapat dengan lembaga sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta komuniti setempat bagi mengenal pasti keperluan keutamaan dan menyalurkan sumber yang ada secara berkesan.

Penyerahan ini mencerminkan penglibatan berterusan beliau dengan SJK Chung Hua Stampin, susulan peruntukan terdahulu di bawah Projek Kecil Luar Bandar dan Program Transformasi Luar Bandar

bagi menambah baik infrastruktur dan kemudahan sekolah.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: APMM gagalkan cubaan seludup rokok, minuman keras di Lawas
Next: Lelaki ditahan, pistol airsoft dirampas dalam serbuan di Kampung Sui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.