Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPDN rangka undang-undang larangan pembelian kenderaan asing
  • NASIONAL

KPDN rangka undang-undang larangan pembelian kenderaan asing

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merangka peraturan baharu bagi menguatkuasakan larangan khusus terhadap pembelian petrol RON95 oleh kenderaan berpendaftaran asing di stesen-stesen minyak.

Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah itu melibatkan pengenalan undang-undang baharu di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961, bagi memperkukuh kawalan terhadap penyaluran subsidi petrol RON95.

“Ini kerana kerangka perundangan sedia ada, iaitu di bawah Peraturan 12A hanya melibatkan larangan terhadap penjualan, maksudnya tindakan hanya boleh diambil terhadap stesen minyak dan bukannya kepada pemilik ataupun pembeli yang menggunakan pendaftaran kenderaan warga asing. 

“Jadi melalui peraturan baharu yang sedang kita rangka ini, larangan itu akan bukan sahaja melibatkan penjualan tetapi juga pembelian, maksudnya mereka yang membeli, pemilik ataupun pemandu yang menggunakan kenderaan pendaftaran asing juga boleh dikenakan tindakan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini. 

Beliau berkata KPDN sedang melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan menyasarkan peraturan baharu itu dapat dimuktamadkan dan dikuatkuasakan bermula 1 April ini.

Armizan berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) mengenai penguatkuasaan khusus atau tambahan untuk mengekang ketirisan subsidi RON95 khususnya di stesen minyak di kawasan sempadan. 

Bagi memastikan pemantauan dan penguatkuasaan subsidi RON95 pada peringkat runcit, beliau berkata antara langkah yang telah dilaksanakan KPDN adalah pemeriksaan berkala di stesen minyak bagi memastikan pematuhan mekanisme penggunaan kad pengenalan dan penguatkuasaan larangan penjualan RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing.

Selain itu, penguatkuasaan kawalan pembelian luar tangki dengan larangan penjualan melebihi 20 liter tanpa permit khas dan pemantauan berkala melalui buku log dan peti lawatan di stesen minyak bersempadan. 

Ini termasuk operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi membanteras ketirisan dan penyeludupan.

“KPDN akan sentiasa memperkasakan ketangkasan pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan objektif penyasaran subsidi RON95 tercapai, khususnya melalui operasi bersepadu Ops Tiris dan kerjasama pendekatan seluruh negara melalui Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan, iaitu Kita Gempur,” katanya. 

Menjawab mengenai Program Pengedaran Barangan Perlu (PBP), Armizan berkata antara penambahbaikan yang dilaksanakan bagi mengelakkan ketirisan dalam pelaksanaan program itu adalah perubahan kaedah perolehan melibatkan pelantikan syarikat penghantar atau transporter bermula 2023.

Beliau berkata pelantikan itu dilaksanakan sepenuhnya melalui sistem tender terbuka bagi menggantikan kaedah lantikan terus.

“Dari segi tuntutan daripada pembekal kepada transporter sehinggalah kepada pos (kawalan PBP) sekarang perlu untuk direkod dan gambar dimuat naik untuk membolehkan kelayakan tuntutan tersebut.

“Kita juga mempertimbangkan untuk memanfaatkan advancement of technology supaya pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dapat kita laksanakan memastikan barang-barang sampai ke kawasan-kawasan pedalaman,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Agong berangkat pulang selepas akhiri lawatan khas di St Petersburg
Next: JPJ perlu beralih kepada pendekatan baharu sekatan jalan raya – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.