Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kesedaran kanser serviks diperkasa, saringan HPV DNA percuma diperluas seluruh negara
  • KESIHATAN

Kesedaran kanser serviks diperkasa, saringan HPV DNA percuma diperluas seluruh negara

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGERUSI LPPKN, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.yang mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman, semalam. Foto ADUN Lingga

SIMANGGANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus mempergiat usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya wanita, mengenai kepentingan pencegahan serta pengesanan awal kanser serviks.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kanser serviks merupakan penyakit yang boleh dicegah dan dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan perasmian Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman, semalam, yang dibacakan oleh Pengerusi LPPKN, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

PENGERUSI LPPKN, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.yang mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman, semalam. Foto ADUN Lingga

Menurut Nancy, wanita berumur antara 30 hingga 65 tahun digalakkan menjalani saringan ujian virus papiloma manusia (HPV) DNA yang disediakan secara percuma di Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara.

“Mulai Januari 2026, semua sampel saringan ujian HPV DNA bagi wanita di Sarawak dan Sabah akan dihantar dan diproses di Makmal Molekular LPPKN yang terletak di Pusat Keluarga LPPKN Sarawak di Wisma Sego, Kuching.

“Makmal ini merupakan yang pertama seumpamanya di Sarawak untuk menjalankan analisis sampel ujian HPV DNA dan penubuhannya akan mempercepatkan tempoh mendapatkan keputusan saringan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa berdasarkan Tinjauan Pendapat Umum LPPKN pada Januari tahun lalu, sebanyak 95.7 peratus responden mengetahui bahawa kanser serviks boleh dikesan dan dicegah. Namun, hanya 54.1 peratus responden wanita telah menjalani saringan, manakala 45.9 peratus lagi tidak pernah melakukannya.

PENGERUSI LPPKN, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman, semalam. Foto ADUN Lingga

“Ini merupakan satu jurang yang perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak,” tegasnya.

Sebagai langkah strategik, pelaksanaan program bagi tahun 2026 akan memberi tumpuan kepada ujian pengesanan bahan genetik (DNA) virus HPV menerusi pendekatan Pemerkasaan Komuniti Melalui Duta Etnik.

Bagi Sarawak, kira-kira 50 wakil duta etnik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah dikenal pasti untuk dilantik dan dilatih bagi melaksanakan sekurang-kurangnya lima sesi kesedaran kanser serviks dalam komuniti masing-masing, termasuk di kawasan pedalaman dan terpencil.

Nancy menegaskan, usaha pengesanan awal amat penting kerana jangkitan HPV boleh dikenal pasti sebelum berkembang menjadi kanser, sekali gus melindungi kesihatan wanita dan kesejahteraan keluarga.

Sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan sesi perkongsian interaktif oleh pakar perubatan jemputan serta perkongsian pengalaman bekas pesakit kanser, bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran orang awam mengenai bahaya kanser serviks.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Oleh Adi Safarman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Wabak denggi di Batu Kawa, penduduk dinasihat ambil langkah pencegahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.