Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan negeri tambah peruntukan bagi aktiviti PEMADAM
  • SEMASA

Kerajaan negeri tambah peruntukan bagi aktiviti PEMADAM

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak yang pertama bagi 2026, di sebuah hotel terkemuka, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang meneliti cadangan untuk menambah peruntukan kewangan bagi aktiviti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), susulan komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh pertubuhan itu dalam melaksanakan program pembangunan komuniti.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi PEMADAM Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sejak hampir 30 tahun lalu, peruntukan tahunan PEMADAM hanya sekitar RM150,000 bagi menjalankan aktiviti dan operasi mereka.

“Apabila saya mengambil alih portfolio ini, saya membawa isu ini ke mesyuarat Kabinet kerana kita tidak boleh bergerak dengan peruntukan yang terlalu kecil.

“Lima tahun lalu, Kabinet meluluskan peruntukan RM500,000. Pada ketika itu ia nampak besar, tetapi sekarang dengan penambahbaikan di peringkat daerah, saya gembira mendengar komitmen mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak yang pertama bagi 2026, di sebuah hotel terkemuka, hari ini.

Beliau menjelaskan, dengan gabungan peruntukan asal RM150,000 dan RM500,000 yang diluluskan, jumlah keseluruhan kini sekitar RM650,000 bagi menampung gaji kerani, sewa pejabat dan aktiviti persatuan.

“Semua 92 program yang dijalankan menggunakan peruntukan ini, dan setiap cadangan diluluskan secara sebulat suara oleh ahli jawatankuasa tanpa sebarang pengeluaran tambahan atau kepentingan peribadi. Kini, PEMADAM Sarawak memohon tambahan peruntukan daripada RM500,000 kepada RM1 juta,” tegasnya. 

Abdul Karim menambah, cadangan ini akan disusuli kepada Kabinet untuk kelulusan akhir, memandangkan aktiviti PEMADAM telah memberi impak positif kepada masyarakat dan pembangunan komuniti.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak sokong pengetatan data pengirim bungkusan bagi kekang dadah
Next: Lawatan kerja ke Sulawesi Utara perkukuh kerjasama tenaga kerja, pertanian Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.