Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf Tadika Pujut siap, tingkat keselesaan dan keselamatan murid
  • Utara
  • WILAYAH

Projek naik taraf Tadika Pujut siap, tingkat keselesaan dan keselamatan murid

Utusan Sarawak 5 hours ago
LAWAT…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii (tiga dari kanan) semasa melawat
projek naik taraf kemudahan di Tadika Pujut yang kini telah siap sepenuhnya. 

MIRI: Projek naik taraf kemudahan di Tadika Pujut di sini yang dilaksanakan sejak sekitar enam bulan lalu kini siap sepenuhnya, sekali gus menyediakan persekitaran yang lebih selesa dan selamat kepada murid serta warga pendidik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii berkata beliau telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau perkembangan projek tersebut sebelum ini, dan ketika lawatan dijalankan, kerja-kerja pembinaan sudah berada di peringkat akhir.

“Antara penambahbaikan yang dilaksanakan termasuk menaik taraf bumbung laluan masuk sekolah serta pemasangan saluran air di kedua-dua belah, bagi memastikan keselamatan kanak-kanak ketika datang dan pulang dari sekolah tanpa perlu risau tentang hujan atau panas terik,” katanya.

Menurut beliau, laluan dari pintu sisi ke kawasan padang yang sebelum ini tidak berbumbung turut dilengkapi dengan bumbung baharu supaya murid dapat menjalankan aktiviti dengan lebih selesa dan selamat.

Selain itu, pihak kontraktor juga menambah dua unit kipas bagi meningkatkan keselesaan persekitaran semasa aktiviti dijalankan di tadika berkenaan.

Adam Yii turut merakamkan penghargaan kepada pihak pemaju atas kerjasama yang amat baik sepanjang pelaksanaan projek tersebut.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai berkaitan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menjalankan pemantauan dengan penuh tanggungjawab sehingga projek ini dapat disiapkan dengan lancar sebelum sesi persekolahan bermula,” ujarnya.

Beliau menambah, pihak kontraktor telah menjalankan kerja pembersihan tapak serta sisa pembinaan dengan baik sebelum pembukaan sekolah, sekali gus memastikan persekitaran yang bersih dan selamat untuk kegunaan para pelajar.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Stok darah Hospital Miri rendah, orang ramai digesa tampil menderma
Next: Kerjasama Gastronomi UNESCO: Delegasi Seni Kulinari Arab Saudi kunjungi Datuk Bandar Kuching Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.