Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Utusan Sarawak 7 hours ago
BURSA Malaysia. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikan dengan dibuka tinggi pada hari ini berikutan dana asing terus membeli saham tempatan, mencerminkan keyakinan luar yang berterusan terhadap pasaran Malaysia.

Pada 9.53 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.24 mata kepada 1,727.23 daripada 1,719.99 dicatatkan pada Jumaat lepas. Indeks melepasi paras tertinggi sebelum ini pada 1,721.42 yang dicatatkan pada 22 Feb 2019.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 369 berbanding 337 manakala 463 kaunter tidak berubah, 1,559 tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 662.08 juta saham bernilai RM401.86 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pengukuhan ringgit yang berterusan berbanding dolar AS pada paras kira-kira 4.00 telah meningkatkan sentimen pelabur.

Pada sesi pembukaan hari ini, mata wang tempatan dibuka mengukuh kepada 3.9850/9950 berbanding dolar AS, berada hampir pada paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Ini didorong oleh kesediaan mengambil risiko yang meningkat selepas keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan indeks dolar AS yang rendah.

Ringgit kali terakhir diniagakan pada paras yang sama adalah pada 24 Mei 2018 apabila ia mencecah RM3.9797 berbanding dolar AS.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,720 hingga 1,735 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Katanya Wall Street ditutup bercampur-campur pada Jumaat lepas berikutan peniaga dilihat bimbang mengenai rangka kerja Presiden AS Donald Trump berhubung Greenland walaupun pendirian tarif telah dilonggarkan ke atas negara-negara Kesatuan Eropah yang menentang pengambilalihan itu.

Beliau berkata hasil AS untuk tempoh 10 tahun merosot kepada 4.231 peratus.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM11.42, Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing naik satu sen kepada RM4.79 dan RM8.61, CIMB menambah sembilan sen kepada RM8.39 dan Tenaga Nasional menokok lapan sen kepada RM13.88.

Dalam senarai paling aktif, Capital A menambah dua sen kepada 56.5 sen, AirAsia X naik 14 sen kepada RM1.98, Eco-Shop Marketing meningkat tiga sen kepada RM1.60 dan Tanco naik satu sen kepada RM1.31.

Kaunter paling untung termasuklah Nestle (M), meningkat 70 sen kepada RM115.90, Hong Leong Financial melonjak 38 sen kepada RM21.42, Hong Leong Bank naik 22 sen kepada RM24.22 dan Petronas Dagangan naik 18 sen kepada RM21.20.

Kaunter paling rugi ialah Malaysian Pacific Industries merosot 52 sen kepada RM32.60, UWC berkurangan 20 sen kepada RM4.05, Vitrox menurun 12 sen kepada RM4.43 dan Malayan Cement susut 11 sen kepada RM7.72.

Dalam pasaran secara menyeluruh, Indeks FBM Emas naik 47.97 mata kepada 12,708.51, Indeks FBM Top 100 meningkat 50.77 mata kepada 12,506.57, Indeks FBM Emas Shariah menambah 39.34 mata kepada 12,348.99 dan Indeks FBM Mid 70 menokok 64.21 mata kepada 17,626.44, bagaimanapun Indeks FBM ACE merosot 49.78 mata kepada 4,855.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 124.58 mata kepada 20,927.75, Indeks Tenaga naik 0.16 mata kepada 769.54 dan Indeks Perladangan meningkat 23.33 mata kepada 8,393.10.

Bagaimanapun, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.06 mata kepada 176.43.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka hampir pada paras tertinggi lebih tujuh tahun didorong OPR dikekalkan
Next: Ringgit mengukuh, harga emas boleh melepasi RM700 segram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.