Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 14,000 penerbangan dibatalkan susulan ribut musim sejuk di AS
  • GLOBAL

Lebih 14,000 penerbangan dibatalkan susulan ribut musim sejuk di AS

Utusan Sarawak 9 hours ago
PAPARAN maklumat penerbangan menunjukkan beberapa penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Nasional Ronald Reagan, Washington, DC, pada 24 Januari 2026. Ribut musim sejuk berskala besar pada hari Sabtu membawa salji tebal serta hujan beku ke New Mexico dan Texas ketika ia bergerak merentasi Amerika Syarikat ke arah timur laut, sekali gus mengancam puluhan juta penduduk dengan gangguan bekalan elektrik, kekacauan sistem pengangkutan dan cuaca sejuk yang melampau. Foto AFP

ISTANBUL: Lebih 14,000 penerbangan di seluruh Amerika Syarikat (AS) dibatalkan sehingga Isnin susulan ribut musim sejuk yang diramal paling kuat dalam sejarah negara itu mengganggu perjalanan udara, lapor Anadolu Ajansi (AA) merujuk data perkhidmatan penjejakan penerbangan.

Data FlightAware menunjukkan sebanyak 3,898 pembatalan dicatatkan pada Sabtu, dengan 8,822 lagi dijangka pada Ahad manakala tambahan 1,549 pembatalan pada Isnin. Lebih 3,004 kelewatan turut direkodkan pada Sabtu.

Jutaan penduduk di seluruh AS kini berdepan situasi darurat apabila ribut itu dijangka menjejaskan kawasan dari Barat Daya hingga Timur Laut bermula Sabtu.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memaklumkan bahawa salji lebat akan melanda dari Oklahoma hingga selatan Maine, manakala “hujan sejuk beku dan slit yang meluas” diramal berlaku di kawasan Selatan dan Tenggara AS.

Presiden AS Donald Trump sebelum ini memberi amaran tentang “gelombang sejuk yang memecahkan rekod” dijangka melanda puluhan negeri. Trump telah meluluskan pengisytiharan darurat untuk 12 negeri, sementara sekurang-kurangnya 22 negeri dan Washington, DC turut mengisytiharkan darurat.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Sembilan maut rumah ditimpa runtuhan salji di barat laut Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.