Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kuching City FC bangkit tewaskan Penang FC, mara ke suku akhir Piala Malaysia
  • SUKAN

Kuching City FC bangkit tewaskan Penang FC, mara ke suku akhir Piala Malaysia

Utusan Sarawak 6 hours ago
BOLA SEPAK… Kuching City FC berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dengan menumpaskan Penang FC 2-0.

KUALA LUMPUR: Kuching City FC berjaya memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dengan menumpaskan Penang FC 2-0, sekali gus menempah slot ke suku akhir Piala Malaysia 2025/2026 dengan agregat 2-1.

Selepas tewas 0-1 pada aksi pertama, 18 Januari lepas, penyerang dari Cameroon, Ronald Ngah Wanja, muncul wira tuan rumah apabila menjaringkan gol pada minit kedua masa kecederaan separuh masa pertama selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan pelawat.

Gol awal Gabriel Nistelrooy Tamin seminit sebelumnya turut membantu membuka tirai jaringan buat Kuching City, sekali gus memastikan ‘The Cats’ menunjukkan jalan keluar buat ‘Harimau Kumbang’.

Pasukan itu akan bertemu pasukan dari Brunei, DPMM FC, yang melangkah ke pusingan seterusnya dengan mengatasi Kelantan Red Warrior FC 3-1 secara agregat.

Aksi kedua di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, berakhir seri 1-1, dengan Kelantan Red Warrior terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah melalui jaringan pemain pertahanan, Abdul Latiff Suhaimi, pada minit kelapan. DPMM, kendalian jurulatih dari Scotland, James McAllister, bangkit menyamakan kedudukan menerusi tonggak serangan, Muhammad Hakeme Yazid Said, tiga minit kemudian.

Sementara itu, juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan melangkah ke suku akhir selepas menang tipis 1-0 ke atas PDRM FC dalam aksi timbal balik pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, hari ini. Keputusan dicatat di hadapan 11,150 penyokong menyaksikan JDT mengesahkan kemaraan ke suku akhir dengan kemenangan agregat 11-1 dan bakal bertemu Melaka FC, yang menyingkirkan Sabah FC 5-2 secara agregat.

Juara lima kali itu, yang menguasai hampir 80 peratus perlawanan, melancarkan asakan demi asakan sebaik wisel permulaan dibunyikan, namun beberapa peluang gagal disudahkan, termasuk tandukan Nacho Mendez yang dinafikan penjaga gol lawan, Nor Hakeem Hamidun, pada minit ke-41.

Memasuki babak kedua, benteng pertahanan skuad ‘The Cops’ akhirnya ditembusi oleh Teto Martin pada minit ke-66 hasil lorongan pendek pemain gantian dari Brazil, Jairo. Walaupun JDT terus mengasak PDRM bagi menambah gol, kegagalan penyudah menyaksikan tuan rumah terpaksa berpuas hati dengan gol tunggal sehingga tamat perlawanan.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur Izzudin mara ke final Masters Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.