Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 22 pertubuhan terima RM70,000 MRP di Pejabat SUPP Pujut
  • WILAYAH

22 pertubuhan terima RM70,000 MRP di Pejabat SUPP Pujut

Utusan Sarawak 9 hours ago
UNTUK ALBUM… ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang (empat dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian penerima Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dalam satu majlis penyerahan cek yang diadakan di Pejabat  Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)  Pujut, di Miri, hari ini.

MIRI: Seramai 22 pertubuhan dan jawatankuasa menerima peruntukan berjumlah RM70,000 menerusi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dalam satu majlis penyerahan cek yang diadakan di Pejabat  Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)  Pujut, di sini, hari ini.

Peruntukan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membantu pertubuhan komuniti melaksanakan aktiviti serta program pembangunan setempat.

Menurut beliau, MRP merupakan antara saluran penting bagi menyokong keperluan masyarakat di peringkat akar umbi, termasuk projek pembangunan kecil, kerja-kerja membaik pulih serta penganjuran program komuniti.

Adam Yii turut mendedahkan bahawa sepanjang tahun lalu, seramai 148 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan di kawasan DUN Pujut telah menerima manfaat daripada peruntukan MRP yang disalurkan melalui beliau.

Selain itu, sebanyak 15 persatuan sekolah termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta 17 pertubuhan keagamaan turut menerima bantuan di bawah peruntukan sama.

Bagi kategori geran aktiviti dan acara pula, 21 penerima adalah bagi aktiviti berkaitan keagamaan, 41 bagi aktiviti pendidikan dan 139 lagi melibatkan aktiviti komuniti, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan penerima peruntukan sebanyak 381.

Beliau berharap bantuan yang disalurkan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua penerima demi kesejahteraan masyarakat setempat serta memperkukuh semangat kerjasama dalam komuniti.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM7 Juta bina Masjid Baharu Kampung Tanjung Harapan
Next: Impian penduduk Kali Kaba jadi kenyataan, kini nikmati bekalan air terawat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.