Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Keluarga mangsa nahas pesawat Indonesia dijamin terima bayaran insurans
  • GLOBAL

Keluarga mangsa nahas pesawat Indonesia dijamin terima bayaran insurans

Utusan Sarawak 5 hours ago
PASUKAN SAR mengeluarkan mangsa pesawat ATR 42-500 menggunakan helikopter. Foto AGENSI

JAKARTA: Keluarga semua mangsa pesawat malang ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang mengalami nahas di lereng Gunung Bulusaraung, Sulawesi Selatan telah diberi jaminan bahawa mereka akan menerima hak tuntutan insurans mereka susulan tragedi yang mengorbankan kesemua 10 individu di dalam pesawat itu.

Pengarah Urusan IAT Adi Tri Wibowo hari ini berkata bahawa syarikat insurans akan menguruskan perkara itu, lapor Agensi Berita ANTARA.

“Kami akan selesaikan kemudian; syarikat insurans akan menguruskannya. Ya, pada asasnya ia adalah insurans hayat,” katanya kepada pemberita selepas sidang media menandakan berakhirnya operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pusat Operasi SAR gabungan lewat malam Jumaat.

Mayat mangsa terakhir ditemukan pada 9.16 pagi Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang berjaya ditemukan kepada 10, seminggu selepas operasi SAR gabungan dilancarkan untuk mencari pesawat berdaftar PK-THT yang terputus hubungan sekitar tengah hari Sabtu ketika dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar, merentasi Daerah Maros.

Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan (KKP) Indonesia mengesahkan bahawa pesawat yang hilang itu, membawa tujuh kru dan tiga penumpang, telah disewa sebagai pesawat rondaan kementerian berkenaan.

Adi turut mengulangi bahawa pesawat berkenaan telah diisytiharkan layak terbang, menafikan dakwaan bahawa ia mengalami masalah teknikal sebelum berlepas dari Yogyakarta ke Makassar.

Pada Khamis, media melaporkan bahawa Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) Soerjanto Tjahjono telah menerima kotak hitam disyaki milik pesawat itu yang ditemuka pasukan SAR gabungan di lokasi nahas.

Beliau berkata jawatankuasa itu memerlukan masa kira-kira satu hingga dua minggu untuk menjalankan siasatan sebaik sahaja kotak hitam dibawa ke makmalnya.

Setakat ini, tiga mayat telah dikenal pasti iaitu pramugari Florencia Lolita Wibisono dan Esther Aprilita Binarsit Sianipar serta seorang pegawai di bahagian pengurusan aset wilayah KKP, Deden Maulana.

Sementara itu, Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Mohammad Syafii mengesahkan bahawa ketiga-tiga mayat yang dikenal pasti itu telah diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Beliau berkata semua mayat dan bahagian tubuh yang ditemukan telah dihantar kepada pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) untuk proses pengenalpastian.

Walaupun operasi SAR telah ditutup secara rasmi, beliau berkata penyelarasan melibatkan semua agensi berkaitan, termasuk DVI dan KNKT akan membolehkan usaha usaha membawa bahagian tubuh atau serpihan pesawat diteruskan jika perlu.

“Kami perlu menekankan bahawa operasi ini tidak boleh ditutup sepenuhnya. Jika pada bila-bila masa lebih banyak bahagian tubuh atau serpihan pesawat ditemukan, operasi akan diteruskan di bawah prosedur kesiapsiagaan rutin oleh Pejabat Basarnas Makassar,” katanya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ribut ais ancam Amerika, bakal cetus cuaca sejuk melampau
Next: Kanak-kanak 12 tahun maut digigit jerung di Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.