Premier Sarawak tiba di Kota Kinabalu, lawatan kerja dua hari

Facebook
WhatsApp
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selamat tiba di Kota Kinabalu, Sabah hari ini, bagi lawatan kerja selama dua hari. Foto Pejabat Premier Sarawak

KOTA KINABALU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selamat tiba di Kota Kinabalu, Sabah hari ini, bagi lawatan kerja selama dua hari.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira 5.30 petang disambut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selamat tiba di Kota Kinabalu, Sabah hari ini, bagi lawatan kerja selama dua hari. Foto Pejabat Premier Sarawak

Premier Sarawak dijadualkan hadir pada Majlis Perasmian Projek Penyambungan Grid Kuasa Sarawak–Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) esok.