Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • APG 2025: Aksi tenang hadiahkan dua emas para pingpong negara
  • SUKAN

APG 2025: Aksi tenang hadiahkan dua emas para pingpong negara

Utusan Sarawak 8 hours ago
PINGAT emas perseorangan lelaki kelas TT11 dimenangi Jennatul Fahmi Ahmad Jennah.

NAKHON RATCHASIMA, Thailand: Pengorbanan, kekuatan mental dan keupayaan mengawal tekanan menjadi kunci kejayaan skuad para pingpong Malaysia meraih dua pingat emas dalam acara perseorangan lelaki dan wanita pada Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025, hari ini.

Pingat emas perseorangan lelaki kelas TT11 dimenangi Jennatul Fahmi Ahmad Jennah yang mempamerkan aksi tenang dan terkawal untuk menewaskan wakil tuan rumah Sompom Tampettom 3-1 pada perlawanan akhir manakala pingat gangsa milik Ridwonullah dari Indonesia.

Dalam saingan perseorangan wanita kelas TT10, Gloria Gracia menghadiahkan emas buat Malaysia selepas menundukkan wakil Indonesia Sella Dwi Radayana 3-2 sementara pingat gangsa dikongsi Juliani Cici (Indonesia) dan Intira Chapandung (Thailand).

SAINGAN perseorangan wanita kelas TT10, Gloria Gracia menghadiahkan emas buat Malaysia selepas menundukkan wakil Indonesia Sella Dwi Radayana 3-2 sementara pingat gangsa dikongsi Juliani Cici (Indonesia) dan Intira Chapandung (Thailand).

Gloria berkata kejayaan itu cukup bermakna kerana menebus kekecewaan pada edisi APG Kemboja 2023 apabila dirinya terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas kepada lawan yang sama.

“Saya perlu ada semangat juang yang tinggi untuk menang. Kali ini saya rasa tidak berjuang seorang diri sebaliknya membawa sokongan seluruh rakyat Malaysia. Sokongan itu yang membuatkan rasa takut hilang,” katanya.  

Atlet berusia 22 tahun dari Kuching, Sarawak itu berkata kejayaan tersebut menuntut pengorbanan besar, terutamanya status dirinya yang masih belajar sepenuh masa. 

“Saya perlu menguruskan masa antara latihan, pelajaran dan keluarga. Masa dengan keluarga memang sangat terhad namun sokongan mereka menjadi kekuatan saya,” katanya.

Gloria berkata perlu mengubah strategi pada perlawanan akhir apabila lawan mula menyesuaikan diri dengan corak permainannya sebelum beliau kembali menguasai set penentuan hasil ketenangan dan disiplin taktikal yang diterapkan jurulatih.

Sementara itu, Jennatul Fahmi berkata kejayaan meraih emas itu hasil pengajaran daripada kekalahan awal pada peringkat kumpulan dan keupayaan dirinya mengawal tekanan dalam menghadapi perlawanan penting.

“Kekalahan awal menyedarkan saya untuk tidak bermain mengikut emosi. Pada peringkat final, saya lebih relaks, mengawal bola dan menunggu kesilapan lawan. Tekanan sering menjadi masalah saya, tetapi apabila dapat dikawal, permainan menjadi lebih mudah,” katanya. 

Jennatul Fahmi, 25, dari Kota Bharu, Kelantan yang menyertai APG buat kali keempat berkata kejayaan di Nakhon Ratchasima membuktikan kematangannya sebagai pemain berpengalaman, namun mengakui masih ada ruang untuk dirinya memperbaik aspek mental. 

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: APG 2025: Bibiana akhiri penantian rangkul emas pertama acara powerlifting
Next: Hasrat Zii Jia beraksi di All England 2026 tidak kesampaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.