Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • APG 2025: Bibiana akhiri penantian rangkul emas pertama acara powerlifting
  • SUKAN

APG 2025: Bibiana akhiri penantian rangkul emas pertama acara powerlifting

Utusan Sarawak 7 hours ago
ATLET para powerlifting negara Bibiana Ahmad akhirnya menamatkan penantian apabila meraih pingat emas pertamanya dalam acara wanita 67 kilogram pada Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025.

NAKHON RATCHASIMA, Thailand: Lebih sedekad melangkah ke dunia sukan tanpa dirancang, atlet para powerlifting negara Bibiana Ahmad akhirnya menamatkan penantian apabila meraih pingat emas pertamanya dalam acara wanita 67 kilogram pada Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025, di sini hari ini.

Bibiana yang mula menceburi sukan itu selepas dipertemukan secara kebetulan dengan jurulatih Jamil Adam lebih 12 tahun yang lepas, menampilkan angkatan kemas untuk mencatat 95 kilogram (kg), sekali gus menewaskan wakil Vietnam Tran Thi Chau (93 kg) dan atlet tuan rumah Anon Somkhoun (92 kg).

Mengulas kejayaan itu, Bibiana berkata faktor kekuatan mental menjadi pembeza utama selepas beberapa penampilan terdahulu di APG hanya berakhir dengan pingat gangsa.

“Pada awalnya saya memang tidak minat sebab dulu saya hanya suri rumah tetapi jurulatih yang membawa saya masuk. Lama-kelamaan minat itu datang.

“Sukan ini mental mesti kuat. Segala rasa sakit atau masalah perlu diketepikan. Yang penting, angkatan itu berjaya,” katanya kepada pemberita.  

Bibiana menyifatkan kejayaan itu sebagai sebahagian daripada proses panjang dalam kariernya.

Atlet berusia 38 tahun yang berpangkalan di Kuching, Sarawak, dan menjalani latihan empat kali seminggu itu berkata pingat emas berkenaan turut menandakan sasaran peribadinya akhirnya tercapai.

“Ini kali pertama saya capai sasaran. Angkatan terbaik saya sebelum ini 95 kg dan hari ini pun 95 kg. Saya cuba 97 kg pada angkatan ketiga, tetapi tidak lepas,” katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata berusia 15 tahun itu berkata perjalanan dalam sukan ini hasil sokongan jurulatih serta insan yang berada disekelilingnya.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua jurulatih dan sesiapa sahaja yang menyokong saya. Mereka yang kenal saya dan sentiasa memberikan kata-kata semangat,” katanya. 

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan Para ASEAN: Atlet Sarawak sumbang tujuh emas, kerajaan negeri kaji insentif prestasi cemerlang
Next: APG 2025: Aksi tenang hadiahkan dua emas para pingpong negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.