Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Rotan dibenarkan jika bertujuan mendidik, bukan hingga mencederakan
  • PENDIDIKAN

Rotan dibenarkan jika bertujuan mendidik, bukan hingga mencederakan

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIDANG MEDIA… Dato Sri Fatimah Abdullah ketika sidang media Sukan Para ASEAN di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya hari ini.

PETRA JAYA: Amalan merotan sebagai kaedah mendidik masih dibenarkan selagi tidak mendatangkan kecederaan fizikal atau mental terhadap kanak-kanak, namun ia bertukar menjadi satu kesalahan sekiranya dilakukan sehingga menyebabkan kecederaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perbezaan jelas perlu dibuat antara rotan yang bertujuan mendidik dengan perbuatan merotan yang menjurus kepada penderaan.

“Ada dua perkara yang berbeza. Satu, rotan untuk tujuan mendidik. Satu lagi, rotan yang menjurus kepada penderaan. Kita mesti jelas dari segi definisi,” katanya ketika ditemui media semasa sidang media Sukan Para ASEAN di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

GAMBAR hiasan.

Beliau berkata, walaupun niat asal seseorang itu adalah untuk mendidik, perbuatan tersebut tetap dianggap salah sekiranya hasilnya mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak.

“Walaupun kata niat untuk mengajar, tetapi bila hasilnya sudah mencederakan, itu tidak betul. Undang-undang jelas, merotan sehingga mencederakan adalah satu kesalahan,” tegasnya.

Menurut beliau, dalam konteks agama Islam sendiri, kaedah mendidik menggunakan rotan telah digariskan dengan jelas dan bukan bertujuan untuk mencederakan atau melampiaskan kemarahan.

“Ada cara merotan untuk mendidik anak, bukan untuk mencederakan. Bila niat bercampur dengan kemarahan dan kekerasan, itu sudah jadi perkara lain,” katanya.

Dato Sri Fatimah menegaskan bahawa sebarang bentuk keganasan fizikal terhadap kanak-kanak yang menyebabkan kecederaan boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa mengira hubungan antara pelaku dan mangsa.

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa, penjaga serta ahli keluarga agar mengamalkan pendekatan keibubapaan yang berhemah dan berasaskan kasih sayang demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sarawak sudah bersedia: Laksana kemasukan Tahun 1 umur 6 tahun, penilaian Tahun 4
Next: Sarawak latih bakat tempatan berkemahiran tinggi dalam reka bentuk litar bersepadu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.