Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 15 projek infrastruktur Mid Rajang diluluskan, pelaksanaan fizikal bermula hujung tahun ini
  • WILAYAH

15 projek infrastruktur Mid Rajang diluluskan, pelaksanaan fizikal bermula hujung tahun ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEKITAR berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan Infrastruktur MiRRDA yang dipengerusikan oleh ADUN Tamin, Christopher Gira Sambang di Wisma Sanyan, Sibu, hari ini. Foto DUN Tamin

SIBU: Jawatankuasa Kerja Pembangunan Infrastruktur di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang (MiRRDA) terus memperkukuh agenda pembangunan wilayah Mid Rajang menerusi mesyuarat khas yang diadakan di Wisma Sanyan, di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pembangunan Infrastruktur MiRRDA, Christopher Gira Sambang, bagi membincangkan hala tuju serta status pelaksanaan projek infrastruktur yang dirancang di wilayah berkenaan.

Menurut Gira, sebanyak 15 projek infrastruktur telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk dilaksanakan di wilayah Mid Rajang, dengan kesemua projek kini berada pada peringkat awal pelaksanaan.

“Ketika ini, projek-projek tersebut sedang melalui proses pelantikan juruperunding, juruukur tanah serta pelaksanaan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA),” katanya.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan fizikal pembinaan dijangka bermula pada penghujung tahun ini, tertakluk kepada kelulusan teknikal serta pematuhan keperluan perundangan yang ditetapkan.

Mesyuarat berkenaan turut meneliti isu teknikal dan cabaran pelaksanaan projek, khususnya melibatkan pembangunan kemudahan asas di kawasan luar bandar, selain memastikan penyelarasan yang lebih berkesan antara agensi pelaksana.

Gira menegaskan kepentingan perancangan yang berfokus, pemantauan berterusan serta tadbir urus yang berkesan bagi memastikan setiap projek dapat disiapkan mengikut jadual dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Kerjasama strategik serta pendekatan bersepadu antara semua agensi terlibat amat penting bagi memastikan agenda pembangunan wilayah Mid Rajang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan mampan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan projek infrastruktur ini selari dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk mencapai pembangunan yang seimbang, inklusif dan mampan di seluruh wilayah.

Turut hadir ialah Pegawai Tindakan Khas MiRRDA, Jackline August @ August Jahar, wakil-wakil agensi kerajaan, jabatan teknikal serta pegawai MiRRDA yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur di wilayah Mid Rajang.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PKMS anjur program derma darah 4.0 esok
Next: Tangki air sementara digerakkan segera ke Jagoi susulan gangguan bekalan air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.