Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes Sri Aman: Polis sahkan senjata hanya mempunyai DNA kedua-dua mangsa
  • JENAYAH

Kes Sri Aman: Polis sahkan senjata hanya mempunyai DNA kedua-dua mangsa

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Mohamad Zainal Abdullah, ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak memaklumkan siasatan kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri di Sri Aman telah disifatkan selesai, selepas pihak polis merakamkan keterangan daripada kira-kira 30 saksi serta memperoleh laporan kimia dan patologi berkaitan kes berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, berkata saksi-saksi yang dirakamkan keterangan terdiri daripada ahli keluarga, kawan-kawan mangsa, rakan sekerja, guru-guru serta jiran-jiran.

“Berhubung dengan kes Sri Aman, kita telah merakamkan keterangan saksi lebih kurang 30 saksi yang terdiri daripada ahli keluarga, kawan-kawan mangsa, rakan sekerja, guru-guru dan juga jiran-jiran mangsa,” katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut menerima laporan daripada Jabatan Kimia serta laporan patologi daripada doktor yang menjalankan bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa.

“Saya boleh katakan di sini bahawa kes ini telah pun selesai,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati senjata yang digunakan hanya mempunyai DNA kedua-dua mangsa, tanpa pengesanan DNA orang luar.

“Tiada DNA orang luar yang terdapat pada senjata tersebut,” jelasnya.

Selain itu, beliau memaklumkan tiada kesan pecah masuk di kediaman mangsa, selain tiada kehilangan barang berharga atau kejadian samun.

“Tiada kesan pecah masuk rumah, tidak ada barang-barang berharga yang hilang, ataupun kes samun,” katanya.

Berdasarkan dapatan tersebut, beliau berkata kesimpulan setakat ini mendapati kejadian pembunuhan berkenaan hanya melibatkan kedua-dua mangsa, iaitu suami dan isteri.

“Kesimpulan yang kita buat setakat ini ialah kejadian ini hanya melibatkan kedua-dua mangsa iaitu suami dan isteri tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis masih menunggu laporan forensik ke atas telefon bimbit kedua-dua mangsa bagi mendapatkan gambaran lebih lanjut berhubung motif kejadian.

“Kita rasa tidak perlu ada lagi siasatan lanjut, cuma kita menunggu laporan forensik ke atas telefon bimbit kedua-dua mangsa,” katanya.

Mengulas keadaan mangsa lelaki, beliau berkata berdasarkan keterangan saksi-saksi, mangsa dipercayai mengalami tekanan perasaan (depression) selepas dinaikkan pangkat sebagai pengetua di Lubok Antu.

“Setakat ini, apa yang kita boleh simpulkan ialah faktor keadaan mental si suami tersebut yang mana beliau memang mengalami tekanan perasaan,” katanya.

Beliau berkata laporan forensik telefon bimbit dijangka dapat membantu pihak polis mengetahui motif sebenar kejadian yang membawa kepada kematian kedua-dua mangsa.

Sebelum ini, sepasang suami isteri ditemui meninggal dunia dengan kecederaan serius di sebuah rumah di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman, pada 14 Januari 2026.

Hasil bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa mendapati mangsa lelaki mengalami 11 tikaman di bahagian leher dan dada, manakala isterinya meninggal dunia akibat tikaman di leher.

Pemeriksaan mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis memaklumkan bahawa perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dijalankan.

Difahamkan mangsa lelaki berusia 45 tahun merupakan seorang guru besar di sebuah sekolah di Lubok Antu, manakala isterinya yang berusia 44 tahun bekerja sebagai jururawat di Hospital Sri Aman.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PDRM Sarawak catat peningkatan tangkapan dadah, jenayah indeks menurun 8 peratus pada 2025
Next: Polis Sarawak terus tingkat usaha banteras dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.