Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka hampiri paras tertinggi lima tahun berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka hampiri paras tertinggi lima tahun berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 9 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, selepas Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Mata wang tempatan itu berada sekitar 4.02 berbanding dolar AS pada awal dagangan, iaitu paras yang kali terakhir dicatatkan pada 21 Januari, 2021 ketika ringgit diniagakan pada 4.0280/0320.

Pada 8.00 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0285/0440 berbanding dolar AS, daripada paras penutup 4.0370/0415 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan MPC itu mengukuhkan jangkaan terhadap kestabilan dasar monetari, sekali gus menyokong prestasi ringgit.

Beliau berkata sentimen pasaran bertambah baik selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meredakan pendirian agresifnya terhadap Greenland.

Selain itu, inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS meningkat seperti dijangka kepada 2.8 peratus pada Disember daripada 2.7 peratus sebelum ini, sekali gus mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan kadar faedahnya pada minggu hadapan, katanya.

“Sementara itu, Indeks Dolar AS susut 0.48 peratus kepada 98.287 mata, manakala harga emas semerta terus mencatat paras tertinggi baharu pada AS$4,939.64 setiap auns. Justeru, ringgit berpotensi untuk terus mengukuh hari ini susulan kelemahan dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Pada awal dagangan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5416/5516 daripada 2.5440/5469 pada Khamis, bagaimanapun  susut berbanding pound Britain kepada 5.4381/4590 daripada 5.4273/4334 dan melemah berbanding euro kepada 4.7347/7529 daripada 4.7205/7257.

Berbanding mata wang serantau, mata wang tempatan itu turut diniagakan bercampur-campur.

Ringgit mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.81/6.84 daripada 6.82/6.83, hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 238.4/239.4 daripada 238.9/239.3, namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1458/1581 daripada 3.1441/1478 dan melemah berbanding baht Thailand kepada 12.9592/13.0187 daripada 12.8587/8792.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka meningkat susulan tindakan Trump batal ancaman tarif ke atas EU
Next: Bursa Malaysia dibuka rendah susulan aktiviti pengambilan untung sederhana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.