Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ILKKM Sibu anjur ceramah antidadah lahir modal insan berjati diri
  • Tengah
  • WILAYAH

ILKKM Sibu anjur ceramah antidadah lahir modal insan berjati diri

Utusan Sarawak 9 hours ago
RAKAM KENANGAN… Seramai 47 pelatih Diploma Kejururawatan (Pra Perkhidmatan) bagi Ambilan Januari 2026 bergambar kenangan. Foto AADK Daerah Sibu

SIBU: Dalam usaha melahirkan modal insan kesihatan yang bukan sahaja kompeten malah mempunyai jati diri yang utuh, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Sibu (ILKKM) telah menganjurkan satu sesi ceramah antidadah, di sini, semalam.

Program menyasarkan pemerkasaan integriti bakal jururawat ini melibatkan seramai 47 pelatih Diploma Kejururawatan (Pra Perkhidmatan) bagi Ambilan Januari 2026.

Inisiatif proaktif itu dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu, bertujuan memastikan para pelatih dilengkapi dengan pengetahuan terkini mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

AADK Daerah Sibu menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, sesi ceramah tersebut bukan sahaja dihadiri oleh para pelatih, malah turut mendapat sokongan penuh daripada barisan pengajar serta jurulatih klinikal institut berkenaan. 

CERAMAH ANTI DADAH… ILKKM Sibu berganding bahu dengan AADK Daerah Sibu menganjurkan sesi Ceramah Anti Dadah, semalam. Foto AADK Daerah Sibu

Kehadiran warga kerja ILKKM mencerminkan komitmen institusi dalam mewujudkan persekitaran pendidikan yang sifar terhadap dadah, selaras dengan aspirasi ‘Dadah Terkawal 2030.’

AADK Daerah Sibu dalam penyampaiannya telah menekankan peranan penting jururawat sebagai barisan hadapan yang sering berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat. 

Pendedahan awal itu dilihat kritikal bagi memastikan bakal jururawat tidak terjebak dengan kancah negatif, di samping mampu menjadi ejen penyebaran maklumat yang tepat kepada komuniti kelak.

Kemuncak program itu menyaksikan satu pencapaian yang membanggakan apabila seramai 44 pelatih telah mendaftar sebagai ahli SKUAD Antidadah. 

Penganjuran program seumpama itu diharapkan dapat menjadi benteng pertahanan yang ampuh buat para pelatih, sekali gus melahirkan graduan ILKKM yang berdisiplin tinggi, berwawasan dan bebas daripada anasir negatif demi kesejahteraan negara.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penguatkuasaan Trafik IPD Saratok meningkat 125 peratus sepanjang 2025
Next: Program Derma Darah ‘Prihatin Komuniti 2026’ bantu tabung darah Hospital Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.