Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR warga emas hilang di Engkilili belum temui petunjuk
  • WILAYAH

Operasi SAR warga emas hilang di Engkilili belum temui petunjuk

Utusan Sarawak 7 hours ago
OPERASI SAR yang dijalankan hari pertama bagi menjejaki wanita warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah panjang Tuai Rumah Alow sekitar 1.00 pagi semalam. Foto PGO Bomba Sarawak

ENGKILILI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang dari rumah panjangnya di Kampung Bua di sini masih belum menemui sebarang petunjuk setakat petang ini.

Mangsa, Melaya Brayun, 75, dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah panjang Tuai Rumah Alow sekitar 1.00 pagi semalam. 

Kehilangan mangsa hanya disedari oleh ahli keluarga selepas usaha pencarian awal yang dijalankan oleh penduduk kampung tidak membuahkan hasil sebelum laporan polis dibuat.

OPERASI SAR yang dijalankan hari pertama bagi menjejaki wanita warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah panjang Tuai Rumah Alow sekitar 1.00 pagi semalam. Foto PGO Bomba Sarawak

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, mangsa kali terakhir dilihat berhampiran rumah penduduk yang dikenali sebagai Usang. 

Ketika itu, mangsa dilaporkan memakai baju berwarna hijau berbunga putih dan seluar pendek hitam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.35 malam tadi dan segera menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 33 kilometer dari balai berkenaan.

Memasuki hari pertama operasi rasmi hari ini, pasukan penyelamat melaksanakan pencarian di air dan darat dengan membahagikan kawasan kepada beberapa zon. 

Pencarian di air dijalankan sejauh tiga kilometer ke hilir Sungai Batang Lupar menggunakan enam bot daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung, manakala pencarian di darat melibatkan kaedah pencarian permukaan di sepanjang tebing sungai dalam radius satu kilometer.

Operasi SAR itu diketuai oleh Komander Operasi, Inspektor Leon, dengan kekuatan anggota pelbagai agensi termasuk APM Lubok Antu serta dibantu oleh penduduk setempat yang arif dengan kawasan sekitar.

OPERASI SAR yang dijalankan hari pertama bagi menjejaki wanita warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah panjang Tuai Rumah Alow sekitar 1.00 pagi semalam. Foto PGO Bomba Sarawak

Jurucakap operasi memaklumkan bahawa antara cabaran utama dihadapi pasukan penyelamat adalah masalah liputan komunikasi yang tidak memuaskan serta faktor geografi kawasan tebing sungai yang menyukarkan pergerakan.

Dalam perkembangan berkaitan, wakil Ahli Parlimen Lubok Antu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili turut hadir di Pos Kawalan Bomba bagi menyampaikan sumbangan dan memberi sokongan moral kepada keluarga mangsa serta pasukan penyelamat.

Setakat 5.00 petang, tiada sebarang petunjuk baharu ditemui dan operasi SAR terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan serta keadaan cuaca.

Operasi dijadualkan bersambung semula pada 9.00 pagi esok, manakala orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pusat gerakan operasi penyelamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis siasat kes tular dakwaan pengabaian, penganiayaan wanita di Sibu
Next: Penguatkuasaan Trafik IPD Saratok meningkat 125 peratus sepanjang 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.