Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sarawak sasar pembangunan industri angkasa melalui kerjasama ESA
  • TEKNOLOGI

Sarawak sasar pembangunan industri angkasa melalui kerjasama ESA

Utusan Sarawak 6 hours ago
KERAJAAN Sarawak dan Agensi Angkasa Eropah (ESA) meneroka potensi kerjasama dan perkongsian strategik dalam sektor angkasa menerusi satu mesyuarat sampingan peringkat tinggi semasa Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2026, semalam. Foto UKAS

SWITZERLAND: Kerajaan Sarawak dan Agensi Angkasa Eropah (ESA) meneroka potensi kerjasama dan perkongsian strategik dalam sektor angkasa menerusi satu mesyuarat sampingan peringkat tinggi semasa Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2026, semalam.

Mesyuarat tersebut diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel bersama Ketua Pejabat Angkasa Switzerland merangkap Pengerusi ESA Dr Renato Krpoun.

Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama dalam pembangunan kapasiti berkaitan angkasa, pendidikan serta pembangunan ekonomi jangka panjang.

Perbincangan turut menekankan keperluan membina keupayaan secara sistematik melalui pengajian universiti yang berstruktur serta latihan vokasional khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berkaitan teknologi angkasa, bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan bersedia memenuhi keperluan industri.

Beliau menegaskan kepentingan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai asas dalam memastikan Sarawak bersedia menghadapi industri masa hadapan termasuk sektor angkasa yang semakin berkembang dalam ekonomi global berasaskan pengetahuan.

Beliau berkata, pelaburan awal dalam pembangunan modal insan perlu diberi keutamaan bagi memastikan Sarawak kekal berdaya saing serta mampu menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi masa depan.

Dalam pada itu, Dr Renato berkongsi pengalaman ESA dalam menjalin kerjasama antarabangsa dengan beberapa negara dalam inisiatif pembangunan angkasa lepas.

Beliau memetik kerjasama berterusan ESA dengan Brazil sebagai contoh, di mana pembangunan keupayaan dan kecekapan bermula dengan kerjasama data satelit biojisim.

Mesyuarat tersebut turut mencapai persefahaman bersama bahawa pendekatan bermula secara berskala kecil seperti projek satelit kecil, kolaborasi akademik dan program latihan bersasar, boleh menjadi asas yang berkesan untuk pembangunan industri angkasa lepas jangka panjang di Sarawak.

Kedua-dua pihak menyatakan kesediaan untuk meneruskan perbincangan lanjut bagi mengenal pasti peluang kerjasama yang selari dengan keutamaan pembangunan Sarawak serta rangka kerja kerjasama antarabangsa ESA.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen Sarawak untuk memperluas penglibatan dalam ekosistem angkasa global melalui pendidikan, pembangunan kemahiran dan perkongsian strategik antarabangsa.

Turut mengiringi beliau ialah Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESty) Datu Abang Ahmad Abang Morni serta Ketua Bahagian Pembangunan Korporat dan Ekonomi MEESty Dr Kho Lip Khoon.

-UKAS

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Generasi muda perlu dilengkapi kemahiran teknologi hadapi cabaran AI, robotik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.