Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKM Bintulu kesan ibu kandung atau waris kanak-kanak ditinggalkan sejak 2013
  • Utara
  • WILAYAH

JKM Bintulu kesan ibu kandung atau waris kanak-kanak ditinggalkan sejak 2013

Utusan Sarawak 5 hours ago
. GAMBAR kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Iman Fazri ketika bayi pada 2013 (kiri) dan gambar terkini (kanan) yang dikeluarkan oleh JKM Bahagian Bintulu bagi membantu usaha mengesan ibu kandung atau waris terdekat.

BINTULU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu sedang mengesan ibu kandung atau mana-mana waris terdekat kepada seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan sejak Mac 2013 bagi membantu urusan perlindungan serta penempatan kekal kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Iman Fazri, kini berusia 12 tahun 10 bulan, dan dipercayai telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya yang dikenali sebagai Siti di sebuah premis beralamat No. 391, Kampung Sebiew, 97000 Bintulu, pada 15 Mac 2013.

Menurut kenyataan media JKM Bahagian Bintulu, kanak-kanak berkenaan dilahirkan pada 13 Mac 2013 di Hospital Bintulu dan merupakan warganegara Malaysia. 

Berdasarkan maklumat awal, ibu kandungnya telah menyerahkan kanak-kanak tersebut kepada seorang penjaga atas alasan penjagaan sementara, namun gagal dihubungi dan tidak kembali menuntut kanak-kanak itu sehingga kini.

Sehubungan itu, JKM memohon kerjasama orang awam atau individu yang mengenali wanita bernama Siti, atau mempunyai maklumat mengenai waris terdekat kanak-kanak berkenaan, supaya tampil membantu siasatan dan urusan dokumentasi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

JKM turut memaklumkan bahawa satu perintah mahkamah telah diperoleh bagi membolehkan kanak-kanak tersebut ditempatkan di bawah jagaan sementara Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut peruntukan Seksyen 17(1)(e)(i) dan Seksyen 19(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001, berkuat kuasa mulai 17 Disember 2025.

Langkah berkenaan diambil bagi memastikan kebajikan, keselamatan serta kestabilan emosi kanak-kanak itu terus terpelihara sementara usaha mengesan ibu kandung dan waris terdekat diteruskan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Pelindung Kes, Dorethea Bayang, atau hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu, Lot 506 Jalan Sommerville, Daerah Bandar Bintulu, 97000 Bintulu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita warga emas dikhuatiri hilang di Engkilili, operasi SAR dilancarkan
Next: Kemudahan Taman Awam Bekenu rosak, undang risiko dan tindakan segera diperlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.