Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita warga emas dikhuatiri hilang di Engkilili, operasi SAR dilancarkan
  • WILAYAH

Wanita warga emas dikhuatiri hilang di Engkilili, operasi SAR dilancarkan

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG wanita warga emas berusia 75 tahun dikhuatiri hilang selepas dilaporkan keluar dari rumah panjangnya di Kampung Bua, awal pagi semalam. Foto PGO Bomba Sarawak

ENGKILILI: Seorang wanita warga emas dikhuatiri hilang selepas dilaporkan keluar dari rumah panjangnya di Kampung Bua, di sini, awal pagi semalam. 

Melaya Brayun, 75, kali terakhir dilihat sekitar 1.00 pagi berhampiran rumah seorang penduduk yang dikenali sebagai Usang, sebelum disedari hilang oleh ahli keluarganya.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan wanita berkenaan pada 8.35 malam tadi. 

Anak mangsa mendakwa hanya menyedari kehilangan ibunya selepas menerima panggilan daripada Tuai Rumah Alow Bua, Engkilili.

Usaha pencarian awal telah dilakukan oleh ahli keluarga dan penduduk kampung di sekitar kawasan rumah panjang, namun tidak menemui sebarang petunjuk. 

Melaya Brayun ketika itu memakai baju berwarna hijau bermotif bunga putih dan seluar pendek hitam.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, diketuai Komander Operasi, Mohd Fadhli Buyong, digerakkan ke lokasi bagi mengumpul maklumat awal dan berkoordinasi dengan pihak polis di Balai Polis Engkilili. 

OPERASI SAR digerakkan mencari Melaya Brayun.

Pihak bomba memaklumkan operasi pada malam tadi terpaksa ditangguhkan kerana faktor cuaca buruk serta liputan komunikasi yang kurang memuaskan di kawasan kejadian. 

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lubok Antu serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Engkilili.

Operasi SAR secara menyeluruh dijadualkan bermula pada pagi ini, 8.30 pagi, dengan harapan dapat menemui mangsa dalam keadaan selamat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta segera menghubungi Balai Polis Engkilili atau Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Saratok serah kit makanan kepada mangsa kebakaran Kampung Sessang
Next: JKM Bintulu kesan ibu kandung atau waris kanak-kanak ditinggalkan sejak 2013

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.