Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Spaoh musnah sarang tebuan demi keselamatan penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Spaoh musnah sarang tebuan demi keselamatan penduduk

Utusan Sarawak 9 hours ago
ANGGOTA APM Spaoh telah memusnahkan sarang tebuan di rumah penduduk dekat Kampung Manggut, semalam. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh bertindak pantas selepas menerima laporan berhubung kehadiran serangga berbisa yang dipercayai tebuan di sebuah kediaman di Kampung Manggut, di sini, semalam.

Menurut kenyataan APM Spaoh, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk yang menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sebaik menyedari terdapat sekumpulan tebuan berterbangan di sekitar rumahnya.

Keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan ahli keluarga serta penduduk sekitar berikutan risiko sengatan serangga berbisa, sekali gus mendorong pengadu memohon khidmat APM untuk menjalankan pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Susulan maklumat diterima, seramai tiga anggota daripada Skuad Charlie APM Spaoh telah diaturgerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan penilaian awal dan melaksanakan operasi pemusnahan sarang serangga berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu sarang tebuan berada di bahagian atap tepi rumah pengadu, yang berpotensi mengancam keselamatan sekiranya tidak diambil tindakan segera.

APM Spaoh seterusnya melaksanakan operasi pemusnahan dengan menggunakan kaedah semburan bahan kawalan serangga Ridsect serta kelengkapan perlindungan diri lengkap termasuk baju khas perlindungan lebah.

Sarang tebuan yang dianggarkan sebesar bola sepak itu berjaya dimusnahkan sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang kecederaan kepada anggota mahupun penduduk sekitar.

APM Spaoh turut menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau ancaman keselamatan dengan menghubungi talian PKOD APM Spaoh di 083-473006 atau talian kecemasan 999 bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Perhimpunan bulanan IPD Bau perkukuh disiplin dan profesionalisme
Next: Ular tedung 1.5 meter ditemui di kedai runcit, APM Lubok Antu bertindak pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.