
BAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menganjurkan perhimpunan bulanan bagi bulan Januari 2026 di pekarangan IPD Bau, semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, perhimpunan berkenaan menjadi platform penting dalam memperkukuhkan disiplin, profesionalisme serta semangat kerjasama dalam kalangan pegawai dan anggota.
Menurut beliau, seramai 83 pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam menghadiri perhimpunan yang berlangsung dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi itu.

“Perhimpunan bulanan ini penting bagi memperkukuhkan komitmen, integriti dan semangat berpasukan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat,” katanya ketika berucap.
Dalam majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan surat penghargaan kepada beberapa anggota polis terpilih serta sijil penghargaan kepada pegawai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Daerah Bau atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.
Perhimpunan tersebut turut diisi dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan doa, lafaz ikrar taat setia Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rukun Negara serta ikrar antidadah sebelum diakhiri dengan sesi bergambar.
Oleh Connie Chieng