Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bekas PTD dan isteri akan didakwa esok, bekas PAT pada Jumaat
  • JENAYAH

Bekas PTD dan isteri akan didakwa esok, bekas PAT pada Jumaat

Utusan Sarawak 16 hours ago
BEKAS Panglima Tentera Darat, Tan Sri Hafizuddeain Jantan, antara individu yang akan didakwa SPRM membabitkan kes pengubahan wang haram dan salah guna kuasa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Hafizuddeain Jantan dan isterinya Salwani Anuar akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur, berhubung kes pengubahan wang haram, esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memaklumkan Hafizuddeain dan Salwani, masing-masing akan didakwa dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Menurut SPRM, bekas pegawai tertinggi ATM berumur 58 tahun itu akan turut didakwa dengan dua lagi pertuduhan di bawah seksyen serta akta sama di Mahkamah Khas Rasuah Shah Alam, Selangor pada Jumaat ini manakala isterinya akan didakwa dengan satu lagi pertuduhan di bawah seksyen serta akta serupa di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu pada Isnin depan.

Sementara itu, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) Tan Sri Mohd Nizam Jaafar akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Jumaat ini, dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ia susulan siasatan salah guna kuasa dan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

“SPRM juga ingin memaklumkan bahawa siasatan terhadap dua lagi pegawai kanan ATM kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya,” menurut SPRM.

SPRM turut menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan setiap kesalahan rasuah dan salah guna kuasa ditangani secara tegas, telus dan tanpa sebarang kompromi selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang.

Menerusi Ops Parasit, SPRM pada 7 Januari lepas menahan seorang pegawai tinggi bersama dua isterinya berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.

Siasatan SPRM berkaitan kes itu bermula sejak 7 Oktober 2025 dan disifatkan sebagai sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.

Pada 23 Disember 2025, sepasukan pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan untuk memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023.

Sementara itu pada Khamis lepas, media melaporkan 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam selain dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di TKAT dan Kementerian Pertahanan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Calon jawatan awam ditahan, positif dadah semasa sesi temuduga
Next: Tentera Darat tumpaskan sindiket penyeludupan 12,180 karton rokok bernilai lebih RM517,000 di Serikin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.