Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ASEZ santuni warga emas di Rumah Seri Kenangan Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

ASEZ santuni warga emas di Rumah Seri Kenangan Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
KENANGAN…Dayang Siti Nurshamira Awg Talip (tiga, kiri), bersama sekitar 70 peserta termasuk ahli ASEZ, iaitu Kumpulan Sukarelawan Pelajar Universiti di bawah Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan dan warga emas merakam gambar kenangan ketika program santuni warga emas di Rumah Seri Kenangan, hari ini.

KUCHING: Sempena awal Tahun Baharu, sekumpulan pelajar universiti tampil memimpin usaha menyantuni warga emas dengan menganjurkan program kebudayaan di Rumah Seri Kenangan, hari ini.

Sekitar 70 peserta termasuk ahli ASEZ, iaitu Kumpulan Sukarelawan Pelajar Universiti di bawah Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan, hadir bagi menyampaikan kehangatan serta penghormatan kepada penghuni pusat jagaan berkenaan menerusi pelbagai persembahan kebudayaan.

Suasana pagi yang sebelum ini tenang bertukar ceria apabila gelak tawa para pelajar menghidupkan persekitaran pusat jagaan tersebut. Persembahan nyanyian dan tarian yang dipersembahkan dengan penuh tenaga disambut mesra oleh para warga emas menerusi senyuman serta tepukan gemuruh.

Selain persembahan, pelbagai aktiviti riadah turut dianjurkan bagi menggalakkan kesihatan dan kecergasan warga emas, antaranya permainan baling gelung, tuho (melontar anak panah), angkat bendera serta aktiviti interaktif lain. Para pelajar turut membantu warga emas sepanjang program berlangsung, sekali gus mengeratkan hubungan dan kasih sayang merentas generasi.


CERIA… Sekitar suasana program santuni warga emas di Rumah Seri Kenangan, Kuching, hari ini.

Program tersebut dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada warga emas yang telah banyak berbakti kepada keluarga dan masyarakat.

Pengetua Rumah Seri Kenangan Kuching, Dayang Siti Nurshamira Awg Talip, merakamkan penghargaan terhadap komitmen dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh para pelajar.

“Kami sangat gembira hari ini dan jelas penghuni turut menikmati aktiviti yang dijalankan. Teruskan usaha murni ini dan kami berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

ASEZ sebelum ini aktif menjalankan pelbagai program kesukarelawanan dan pemeliharaan alam sekitar di seluruh negara termasuk di Kuala Lumpur, Sarawak, Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Antara inisiatif terbaharu ialah program pembersihan alam sekitar di Taman Duranda Emas, Kuching pada Ahad lalu serta penanaman 150 pokok di Pantai Sejaie, Asajaya pada Februari tahun lalu.

TERBAIK…Sekitar suasana program santuni warga emas di Rumah Seri Kenangan, di Kuching hari ini.

Atas usaha berterusan itu, ASEZ telah menerima pelbagai sijil dan anugerah penghargaan di peringkat tempatan dan antarabangsa, termasuk daripada Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta beberapa pengiktirafan antarabangsa.

ASEZ merupakan organisasi sukarelawan antarabangsa di bawah Gereja Tuhan yang aktif di lebih 175 negara. Nama ASEZ membawa maksud ‘Save the Earth from A to Z, selaras dengan komitmen kumpulan itu dalam usaha kemasyarakatan, perlindungan alam sekitar, bantuan bencana dan kesejahteraan sejagat.

Continue Reading

Previous: Kerja penurapan sementara dilaksanakan di Jalan Ketitir, Padawan
Next: Polis Betong dan pengurusan ladang perkukuh kawalan keselamatan pekerja asing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.