Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perintis prasekolah inklusif, kanak-kanak berkeperluan khas tidak diasingkan
  • TEMPATAN

Sarawak perintis prasekolah inklusif, kanak-kanak berkeperluan khas tidak diasingkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO’ Sri Fatimah Abdullah berucap pada sidang media Mesyuarat Lembaga Pengarah SeDidik di Bangunan Baitul Makmur 2. 

PETRA JAYA: Sarawak muncul sebagai antara negeri perintis dalam pelaksanaan pendidikan prasekolah inklusif apabila kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan mengikuti pembelajaran bersama rakam arus perdana tanpa pengasingan di pusat pendidikan awal kanak-kanak di bawah SeDidik.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Fatimah Abdullah, berkata pendekatan tersebut dilaksanakan menerusi dasar pintu terbuka yang diformalkan sejak 2020 bagi memastikan tiada kanak-kanak tercicir daripada pendidikan awal hanya disebabkan faktor ketidakupayaan atau keperluan khas.

“Konsep inklusiviti SeDidik bukan memisahkan kanak-kanak berkeperluan khas ke dalam kelas khas, sebaliknya mereka ditempatkan bersama kanak-kanak arus perdana kerana kajian menunjukkan mereka berkembang dengan lebih baik melalui pendekatan ini,” katanya ketika sidang media Mesyuarat Lembaga Pengarah SeDidik di Bangunan Baitul Makmur 2, di sini, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini seramai 217 kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh Sarawak mengikuti program pendidikan awal kanak-kanak di bawah SeDidik secara inklusif dalam persekitaran pembelajaran yang sama dengan rakan sebaya.

Beliau berkata pendekatan tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada kanak-kanak berkeperluan khas, malah turut membentuk nilai empati, keprihatinan dan penerimaan kepelbagaian dalam kalangan kanak-kanak arus perdana.

“Kanak-kanak normal yang dibesarkan bersama rakan-rakan yang berbeza keupayaan akan belajar menghormati perbezaan dan membina sahsiah sejak usia awal. Inilah asas pembentukan nilai kemanusiaan,” katanya.

Dalam masa sama, Dato’ Sri Fatimah berkata SeDidik turut memperkenalkan penggunaan bahasa isyarat asas dalam kalangan guru dan kanak-kanak sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keterangkuman, termasuk dalam acara rasmi melibatkan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu negeri.

Beliau menegaskan bahawa pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak kini memberi tumpuan bukan sahaja kepada aspek akademik, malah menekankan kesaksamaan, keterangkuman dan pembinaan karakter sebagai asas pembentukan modal insan negeri.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Jabatan Laut perkukuh kerjasama strategik pastikan latihan pelaut kekal relevan
Next: Saringan digital SeDidik bantu kanak-kanak ke arus perdana, kerjasama Jepun catat kejayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.