Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Ugut bunuh ibu kandung, lelaki dipenjara enam bulan
  • MAHKAMAH

Ugut bunuh ibu kandung, lelaki dipenjara enam bulan

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

KAPIT: Mahkamah Majistret di sini hari ini telah menjatuhi hukuman penjara enam bulan ke atas seorang lelaki kerana mengugut hendak membunuh ibu kandungnya sendiri kerana tidak memberi wang pampasan tanah kepadanya,14 Disember tahun lepas.

Tertuduh, Emar Rajang, 47, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Romario Jonoi.

Berdasarkan pertuduhan, Emar didakwa mengugut hendak membunuh ayah kandungnya pada 14 Disember 2025, kira-kira 9.00 pagi di sebuah rumah panjang di Nanga Serau, Gaat, Balleh.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 506 kanun yang sama, dimana sabit kesalahan hendaklah dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pengadu memberitahu pada hari kejadian, anaknya iaitu tertuduh telah mengamuk dengan menggunakan parang hendak menyerang adiknya, sebelum bertindak membaling parang tersebut menghala ke arah mangsa.

Mangsa sempat mengelak dari terkena parang dan membalas balik menggunakan kerusi dengan memukul tertuduh, menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka berdua.

Tertuduh turut memberitahu mahu membunuh pengadu menyebabkan pengadu melarikan diri ke rumah anaknya yang lain, sebelum membuat laporan polis.

Pada 30 Disember 2025, lebih kurang 12.25 tengah hari, pihak polis telah menangkap seorang lelaki iaitu tertuduh di pekarangan rumah tidak bernombor di Jalan Pelajau, Kapit bagi membantu siasatan.

Siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berpunca daripada tertuduh yang tidak berpuas hati terhadap pengadu dan adiknya yang tidak memberi duit hasil penjualan tanah, yang telah dibayar oleh pihak Sarawak Energy.

Pengadu menegur tertuduh sewaktu sedang minum minumam keras menyebabkan dia merasa marah serta mengugut dengan kata-kata dalam bahasa Iban.

Tertuduh yang memegang sebilah parang turut melempar parang tersebut ke arah anak pengadu, selain turut mengugutnya dengan kata-kata.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haris Danial Mohamed sementara tertuduh tidak diwakili.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Gara-gara enggan rakam video semasa menyanyi, lelaki dipenjara enam bulan kerana pukul wanita
Next: Tiada isu dijangka timbul ketika Nik Faisal dilantik sebagai pemegang mandat akaun Ambank – Najib

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.