Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laporan kehadiran buaya cetus tindakan pantas bomba di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Laporan kehadiran buaya cetus tindakan pantas bomba di Miri

Utusan Sarawak 5 hours ago
PASUKAN bomba ketika menjalankan pemantauan di sekitar kawasan longkang di Lorong Perdana 2B di Miri tengah hari tadi bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong telah menerima satu panggilan kecemasan berhubung laporan kehadiran seekor buaya di dalam longkang di Lorong Perdana 2B, pagi tadi.

Menurut JBPM, panggilan kecemasan diterima pada 11.53 pagi daripada seorang penduduk, sebuah jentera FRT Scania dan pasukan bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada 12.05 tengah hari, pemeriksaan awal mendapati tiada kelibat buaya seperti yang dilaporkan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan pemantauan di sekitar kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan penduduk setempat

“Sebagai langkah susulan, pihak bomba turut menghubungi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk makluman dan tindakan lanjut.

“Setelah memastikan keadaan berada dalam keadaan selamat dan terkawal, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.25 tengah hari sebelum jentera bertolak balik ke balai,” katanya.

JBPM menasihatkan orang awam agar terus berwaspada dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kehadiran hidupan liar berbahaya di kawasan kediaman.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Indeks jenayah di Daerah Saratok menurun 24 peratus sepanjang 2025
Next: Biro Aduan Awam SUPP terus bantu mangsa penipuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.