Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak gesa ‘Dasar Murid Enam Tahun Masuk Darjah Satu’ ambil kira realiti pendidikan Sarawak
  • PENDIDIKAN

Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak gesa ‘Dasar Murid Enam Tahun Masuk Darjah Satu’ ambil kira realiti pendidikan Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
PRESIDEN KGBS, Zulkifflee Sebli.

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) berpandangan cadangan membenarkan kemasukan murid ke Darjah Satu seawal usia enam tahun perlu dinilai secara menyeluruh dan tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa persediaan rapi, khususnya melibatkan realiti pendidikan di Sarawak.

Menurut Presidennya, Zulkifflee Sebli, pada usia enam tahun kanak-kanak masih berada dalam fasa pembelajaran berasaskan bermain serta pembinaan emosi, sosial dan kemahiran asas.

“Justeru pendedahan terlalu awal kepada pembelajaran formal berstruktur berisiko memberi tekanan psikologi dan menjejaskan minat belajar dalam jangka panjang.

“Risiko ini lebih ketara kepada murid luar bandar dan pedalaman yang berdepan cabaran dari segi akses pendidikan awal, kemudahan sekolah serta sokongan pembelajaran di rumah,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Beliau turut menegaskan isu kesiapsiagaan prasekolah dan sekolah rendah wajar diberi perhatian serius memandangkan masih terdapat kekurangan bilik darjah, kemudahan mesra kanak-kanak, guru terlatih pendidikan awal serta sokongan intervensi awal, terutamanya di kawasan pedalaman Sarawak.

Tambah beliau, pelaksanaan kemasukan awal tanpa penambahan sumber dan perjawatan berpotensi menambah beban tugas guru selain memberi kesan terhadap keselamatan serta kualiti pengajaran dan pembelajaran.

“Mengulas faktor jurang sosioekonomi, tidak semua kanak-kanak mempunyai akses kepada pendidikan awal berkualiti dan persekitaran pembelajaran kondusif.

“Ini sekali gus berisiko mewujudkan jurang pencapaian yang lebih besar antara murid bandar dan luar bandar,” jelasnya.

Sehubungan itu, KGBS mencadangkan agar sebarang pelaksanaan dasar tersebut dilakukan secara berperingkat melalui projek rintis, penambahan guru prasekolah dan pendidikan awal, naik taraf infrastruktur, latihan profesional berterusan serta libat urus menyeluruh bersama kesatuan guru, pakar perkembangan kanak-kanak, ibu bapa dan pihak sekolah.

“KGBS menyokong kemasukan ke Tahun 1 pada usia enam tahun dibuat secara sukarela dan tidak diwajibkan bagi memastikan ibu bapa benar-benar bersedia menghantar anak ke sekolah pada usia tersebut.

“Keutamaan dasar pendidikan adalah memastikan setiap kanak-kanak memasuki alam persekolahan dalam keadaan benar-benar bersedia dari segi emosi, sosial, fizikal dan kognitif, bukan semata-mata mempercepatkan usia kemasukan ke sekolah,” ujarnya.

Reaksi KGBS itu diberikan susulan pengumuman Perdana Menteri semalam, 20 Januari, yang mengumumkan dasar baharu membenarkan kemasukan murid ke Darjah 1 seawal usia enam tahun secara sukarela bermula 2027, sebagai usaha memperluas pilihan pendidikan awal kepada ibu bapa di seluruh negara.

Oleh Masrin Affirah

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Murid masuk tahun satu usia enam tahun, tamat sekolah umur 16 tahun – KPM
Next: Sarawak capai 98 peratus akses pendidikan prasekolah melalui SeDidik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.