Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Eksklusif: Menantu Indai buktikan kehebatan David Ileo dalam industri muzik Iban
  • HIBURAN

Eksklusif: Menantu Indai buktikan kehebatan David Ileo dalam industri muzik Iban

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENYANYI Iban, David Ileo.

KUCHING: Bermula sekadar berkaraoke di kampung halaman, perjalanan seni penyanyi Iban, David Ileo, kini melangkah lebih yakin apabila namanya semakin dikenali dalam industri muzik tempatan menerusi karya yang mendapat sambutan, termasuk lagu popular Menantu Indai.

Dilancarkan pada 2021, Menantu Indai menjadi antara titik penting kerjayanya, sekali gus membuktikan keupayaan David untuk kekal relevan dalam landskap hiburan yang mencabar, termasuk ketika industri muzik terkesan akibat pandemik COVID-19.

David, 25, berasal daripada keluarga Iban; bapanya dari Kampung Lachau Engkabang Baru, Sri Aman, manakala ibunya dari Kampung Arus Iban Sebangan, Sebuyau.

Minat terhadap nyanyian mula bercambah pada 2017 apabila beliau aktif menyertai aktiviti pertandingan karaoke di sekitar Sri Aman.

Bakatnya mula menyerlah apabila meraih kejuaraan dua kali pertandingan nyanyian pada 2018 bagi kategori Lagu Asli dan Lagu P. Ramlee, sekali gus membuka laluan untuk melangkah ke peringkat lebih profesional.

Pada 2019, David memulakan kerjaya sebagai artis rakaman di bawah Twin Tone Production Sdn Bhd dan kekal aktif menghasilkan karya sehingga kini.

DAVID memulakan kerjaya sebagai artis rakaman di bawah Twin Tone Production Sdn Bhd.

Setakat ini, beliau telah merakamkan lapan lagu, termasuk projek duet dan trio yang memperlihatkan kepelbagaian serta kematangan dalam berkarya.

Mengulas pengaruh seni, David menjadikan Maxwel Franklin menerusi lagu Bujang Sarawak serta Rickie Andrewson dengan lagu Anak Umbung sebagai sumber inspirasi dalam membentuk identiti nyanyiannya.

Keistimewaan David turut terserlah melalui kebolehannya menguasai genre joget dan dangdut dengan penerapan asas serta teknik vokal yang tepat, sekali gus menjadikan setiap persembahan lebih bertenaga dan berkarakter.

Menantu Indai yang menjadi antara karya signifikan dalam kerjayanya merupakan ciptaan Ijal Jainal, dengan susunan muzik oleh Jimmy Vastoga, dan diterbitkan oleh Twin Tone Production Sdn Bhd.

Mengenai perkembangan terbaharu, David memaklumkan bahawa 2026 bakal menyaksikan kemunculan lagu single baharu serta sebuah projek trio, yang kini masih dalam proses pembikinan.

BAKAT David mula menyerlah apabila meraih kejuaraan dua kali pertandingan nyanyian pada 2018 bagi kategori Lagu Asli dan Lagu P. Ramlee

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada peminat yang tidak putus memberikan sokongan, khususnya mereka yang mengenalinya melalui Menantu Indai serta lagu trio Manuk Larika Jagung dan Mayuh Alasan, sambil berharap dapat terus menghasilkan karya yang memenuhi cita rasa serta harapan peminat pada masa akan datang.

Dalam masa sama, David menyatakan harapan agar industri muzik Iban terus berkembang, diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan membuka lebih banyak peluang kepada penyanyi baharu untuk menyerlahkan bakat di persada seni tempatan.

Oleh Norman B

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Pertelingkahan keluarga: Brooklyn Beckham akhirnya bersuara di instagram
Next: BTS dapat kelulusan buat penggambaran di tapak bersejarah Seoul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.