PEMAIN sayap Paris Saint-Germain, Angel Di Maria, dikenakan hukuman gantung empat perlawanan atas insiden meludah semasa perlawanan menentang Marseille yang agak tegang bulan ini menyaksikan lima pemain dilayangkan kad merah dengan Neymar diherdik dengan kata-kata berbaur perkauman.
Penggantungan Di Maria yang dilaksanakan oleh suruhanjaya tatatertib Ligue 1 adalah kerana meludah pemain pertahanan Marseille, Alvaro Gonzalez.
Perhantunagn itu berkuatkuasa bermula 29 September dan bernakna dia boleh bermain menentang Reims pada Isnin ini sebelum kembali pada 8 November.
Neymar mendakwa Gonzalez mengherdiknya mengunakan kata-kata berbaur perkauman dan insiden itu akan disiasat pada 30 september ini kata suruhanjaya itu.
Neymar di buang padang kerana menampar Gonzalez di belakang kepala, menuduh pemain kelahiran Sepanyol itu memanggilnya “monyet” namum Gonzalez menafikan tuduhan itu.
Pemain termahal di dunia dijatuhkan hukuman gantung dua perlawanan atas insiden yang berlaku pada 13 September di Parc des Princes.
Pemain pertahanan PSG, Layvin Kurzawa juga dikenakan hukuman gantung enam perlawanan minggu lalu kerana menendang pertahanan kiri Marseille, Jordan Amavi, yang yang turut digantung tiga perlawanan setelah dia juga diperintahkan untuk keluar padang.
Leandro Paredes digantung untuk dua perlawanan setelah dia diusir dari padang selepas bertengkar dengan Dario Benedetto, yang juga turut dilayangkan kad merah.
Suruhanjaya Displin Liga Perancis juga sedang menyiasat tuduhan bahawa Neymar membuat kernyataan beunsur rasis terhadap Pertahanan kanan Marseille, Hiroki Sakai dan menghina Gonzalez.
Suruhanjaya itu menegaskan mana-mana pemain yang didapati bersalah melakukan tindakan berbaur perkauman atau diskriminasi boleh dikenakan penggantungan sehingga 10 perlawanan. -AFP