Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kesedaran kesan plastik dan amalan sifar sisa dipupuk dalam kalangan pelajar
  • Utara
  • WILAYAH

Kesedaran kesan plastik dan amalan sifar sisa dipupuk dalam kalangan pelajar

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEBAHAGIAN peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah bersama wakil agensi serta penganjur merakam kenangan sempena program pendidikan alam sekitar dan sifar sisa di Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Bintulu.

BINTULU: Kesedaran terhadap kesan penggunaan plastik serta kepentingan mengamalkan gaya hidup sifar sisa terus diperkukuh menerusi program pendidikan alam sekitar yang menyasarkan golongan belia, khususnya pelajar sekolah.

Pegawai Perubatan, Pusat Kesihatan, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Dr Muhammad Amru Badrul Hisam berkata, pendedahan awal mengenai kesan plastik terhadap kesihatan amat penting kerana pencemaran alam sekitar boleh memberi implikasi kesihatan secara tidak langsung dalam jangka pendek dan jangka panjang.

“Kita melihat kesan pencemaran plastik bukan sahaja kepada alam sekitar, tetapi juga terhadap kesihatan manusia.

“Kesan ini mungkin tidak berlaku secara langsung, namun boleh memberi impak dalam jangka masa pendek dan panjang,” katanya ketika ditemui pada program ‘Ke Arah Sifar Sisa di Bintulu: Pemerkasaan Alam Sekitar Belia 2026’ dan Pelancaran Aplikasi KitarNow di UPMS hari ini.

Menurut beliau, pelajar perlu diberi kesedaran mengenai keperluan mengurangkan penggunaan plastik, mengamalkan guna semula serta mengurus sisa dengan lebih bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

 PELAJAR sekolah rendah dan menengah mengikuti pengisian program berkaitan kesedaran kesan penggunaan plastik serta amalan sifar sisa yang dianjurkan di UPMS, Bintulu.

“Kesedaran ini penting supaya pelajar memahami bahawa mengurangkan penggunaan plastik dan mengamalkan amalan lestari perlu dilakukan secara konsisten dalam aktiviti harian,” tambahnya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, UPMS, Dr Sharon Ong Yong Yee berkata, program berkenaan memberi fokus kepada peningkatan kefahaman belia terhadap konsep sifar sisa dan kelestarian alam sekitar.

“Program ini memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah mengenai konsep sifar sisa dan kelestarian alam sekitar supaya mereka dapat mengamalkannya sama ada di sekolah atau di rumah,” katanya.

Menurut beliau, pelajar perlu memahami bahawa setiap tindakan harian mereka mempunyai kesan terhadap alam sekitar, termasuk pembaziran makanan dan pengurusan sisa.

“Kesedaran tentang peranan belia dan institusi pendidikan amat penting kerana tindakan kecil yang dilakukan secara berterusan boleh memberi impak besar terhadap kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Usaha sifar sisa di Bintulu dipacu kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu dan UPM Sarawak
Next: Naik taraf jalan Long Lellang tingkatkan keselesaan dan pembangunan pedalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.