Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Eksklusif: Ngarap luahan jiwa, Christopher Willy angkat sape dalam muzik Iban moden
  • HIBURAN

Eksklusif: Ngarap luahan jiwa, Christopher Willy angkat sape dalam muzik Iban moden

Utusan Sarawak 7 hours ago
CHRISTOPHER Willy.

KUCHING: Lagu sulung berjudul Ngarap menjadi titik mula perjalanan seni Christopher Willy Jackson Balang, penyanyi muda Iban yang tampil berani mempertaruhkan emosi peribadi serta warisan muzik tradisional Dayak dalam karya moden.

Ngarap yang dicipta pada 2023 dan dilancarkan pada 2025 dihasilkan bersama dua sahabatnya, Darren Mengga dan Dexter Ileo merupakan luahan kisah peribadi Christopher tentang perpisahan selepas hubungan yang terjalin bertahun-tahun.

“Lagu ini adalah suara hati saya. Apa yang saya pendam lama, saya luahkan melalui muzik,” katanya.

Christopher yang kini berusia 21 tahun mula meminati dunia nyanyian sejak usia 15 tahun, namun pada ketika itu ia sekadar hobi sebelum dorongan kuat keluarga dan rakan-rakan mendorongnya tampil sebagai penyanyi rakaman.

AKSI persembahan Christopher Willy.

Lebih menarik, elemen sape diselitkan dalam susunan muziknya bukan sekadar elemen hiasan, sebaliknya menjadi nadi utama yang membentuk identiti karya Christopher.

Petikan sape yang lembut namun berjiwa besar memberi dimensi tersendiri kepada lagunya, sekali gus menghubungkan pendengar dengan akar budaya masyarakat Dayak.

Pendekatan itu juga dilihat selari dengan kebangkitan gelombang muzik etnik kontemporari di Sarawak, apabila semakin ramai anak muda memilih untuk kembali kepada warisan sebagai asas ekspresi seni.

Bagi Christopher, muzik bukan sekadar hiburan, tetapi wadah untuk menyampaikan cerita, nilai dan jati diri bangsanya.

Mengulas tentang identiti muziknya, Christopher menjelaskan keistimewaan karyanya terletak pada penggunaan alat muzik tradisional sape, digabungkan dengan irama moden serta nyanyian dalam bahasa Iban.

CHRISTOPHER Willy.

“Saya mahu sape terus hidup dan dikenali, bukan sahaja dalam komuniti Dayak tetapi juga di peringkat lebih luas,” ujarnya.

Dalam membentuk perjalanan seni, Christopher menjadikan Hairee Francis sebagai sumber inspirasi utama kerana keupayaannya sebagai penyanyi dan komposer, selain mengagumi lagu Midang Belalai nyanyian Alex Wan.

Setakat ini, Christopher telah menghasilkan dua lagu, sekali gus membuktikan kesungguhannya untuk terus aktif dan konsisten dalam industri muzik tempatan.

Mengakui cabaran sebagai penyanyi baharu, beliau berkata usaha mengekalkan populariti serta menghasilkan lagu yang mampu diterima masyarakat pelbagai lapisan bukan sesuatu yang mudah.

Namun, impiannya jelas iaitu untuk membanggakan kedua ibu bapa serta memperkenalkan muzik tradisional Dayak, khususnya Sape’, ke peringkat lebih tinggi.

Mengakhiri bicara, Christopher menitipkan pesanan agar peminat terus memberi sokongan bukan sahaja kepadanya, malah kepada semua penyanyi Iban yang berjuang mengharumkan nama Sarawak dalam industri muzik.

“Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus. Sokongan anda semua adalah kekuatan kami,” katanya.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Kontroversi konsert separuh jalan, Wali Band bakal adakan konsert khas untuk peminat 1 Mei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.