Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban kebakaran pusat beli-belah di Karachi meningkat 21 orang
  • GLOBAL

Angka korban kebakaran pusat beli-belah di Karachi meningkat 21 orang

Utusan Sarawak 6 hours ago
PETUGAS penyelamat menjalankan operasi mencari di celah runtuhan dengan menggunakan jengkaut selepas kebakaran besar di sebuah pusat beli-belah di Karachi pada 19 Januari 2026. Foto AFP

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 21 orang disahkan maut dalam kebakaran besar di sebuah pusat beli-belah di Karachi, ibu negeri wilayah Sindh di selatan Pakistan, menurut pegawai pada Isnin, lapor Xinhua.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Rescue 1122 berkata operasi mencari dan menyelamat di kawasan bandar berskala besar diteruskan di bangunan bertingkat Gul Plaza yang mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran itu.

Lebih ramai mangsa dikhuatiri terkorban kerana struktur bangunan masih tidak stabil dan sebahagian besar binaannya telah runtuh.

PETUGAS penyelamat menjalankan pencarian di celah runtuhan selepas kebakaran besar di sebuah pusat beli-belah di Karachi pada 19 Januari 2026. Foto AFP

Kebakaran itu berlaku lewat Sabtu di Gul Plaza, sebuah pusat beli-belah bertingkat yang menempatkan lebih 1,200 kedai di Jalan MA Jinnah, dan api hanya berjaya dikawal selepas lebih 24 jam usaha memadam kebakaran dilakukan pada Ahad.

Ketua Menteri Sindh, Syed Murad Ali Shah berkata lebih 65 orang yang dilaporkan mengunjungi plaza berkenaan masih hilang.

Shah berkata kerajaan wilayah akan memberikan pampasan sebanyak 10 juta rupee Pakistan (kira-kira US$36,000) kepada setiap keluarga mangsa.

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran yang tercetus di sebuah pusat beli-belah di Karachi pada 18 Januari 2026. Foto AFP

Menurut Rescue 1122, beberapa mayat ditemukan dalam keadaan rentung atau tidak sempurna, sekali gus menyukarkan proses pengecaman segera. Prosedur teknikal dan forensik akan digunakan untuk mengenal pasti identiti mangsa.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. Polis sebelum ini memaklumkan bahawa insiden itu disyaki berpunca daripada litar pintas elektrik. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak lelaki 12 tahun digigit jerung di pantai Sydney Harbour
Next: Pantai di Australia ditutup selepas tiga serangan jerung dalam dua hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.