Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Wilfred Yap gesa perbincangan berasaskan fakta mengenai ART
  • SEMASA

Wilfred Yap gesa perbincangan berasaskan fakta mengenai ART

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap berkata kenyataan terkini oleh ADUN Pending, Violet Yong mengenai projek Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) menunjukkan kefahaman yang terhad terhadap sistem pengangkutan awam moden dan perlu dinilai secara lebih berfakta.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap berkata kenyataan terkini oleh ADUN Pending, Violet Yong mengenai projek Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) menunjukkan kefahaman yang terhad terhadap sistem pengangkutan awam moden dan perlu dinilai secara lebih berfakta.

Menurut beliau, sistem ART tidak wajar disamakan secara mudah sebagai bas konvensional atau digambarkan sebagai sistem rel tersembunyi.

“ART diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai teknologi rel tanpa landasan yang mampu menyediakan kapasiti, kebolehpercayaan dan tahap keselamatan setara sistem rel, tanpa kos tinggi dan kekangan infrastruktur rel besi,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa penggunaan laluan khas dan sebahagiannya bertingkat adalah keperluan perancangan bandar dan bukannya pembaziran.

“Kuching merupakan bandar berkepadatan rendah dengan lebar jalan yang terhad serta mempunyai beberapa lintasan sungai. Laluan berasingan amat penting bagi menjamin keselamatan perkhidmatan dan keupayaan jangka panjang,” katanya.

Yap turut menyifatkan perbandingan dengan sistem Bas Rapid Transit yang beroperasi di aras jalan sebagai kurang relevan dalam konteks semasa, memandangkan banyak bandar di dunia kini menaik taraf atau mengasingkan sistem tersebut akibat kesesakan dan peningkatan permintaan.

Menyentuh isu kos, beliau berkata kos pembinaan ART Kuching adalah jauh lebih rendah bagi setiap kilometer berbanding sistem Transit Aliran Ringan (LRT).

“Pulau Pinang yang diterajui DAP sedang melaksanakan projek LRT, manakala cadangan ART di Johor yang disokong pemimpin Parti Harapan (PH) turut melibatkan jajaran bertingkat. Mengkritik Sarawak secara terpilih tanpa mengambil kira fakta ini menimbulkan persoalan mengenai konsistensi,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa ART Sarawak menggunakan kenderaan berkuasa hidrogen selaras dengan agenda tenaga bersih negeri, sekali gus mengurangkan kos operasi dan kesan alam sekitar dalam jangka panjang.

Yap menolak dakwaan bahawa perbelanjaan ART menjejaskan pembangunan asas negeri.

“Sarawak terus melabur secara besar-besaran dalam bekalan air, jalan luar bandar, kesihatan dan pendidikan di samping memodenkan sistem pengangkutan awam. Ini adalah pembangunan seimbang,” katanya.

Beliau meggesa agar semua pihak mengemukakan pandangan secara bertanggungjawab dan berasaskan fakta demi kepentingan rakyat Sarawak.

“Rakyat Sarawak berhak mendapat maklumat yang tepat serta penyelesaian yang berpandangan jauh, bukan komen yang dibuat tanpa kajian menyeluruh,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura
Next: Nadia Kesuma selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.