Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ahli Parlimen Miri sokong reformasi institusi pada Pembukaan Penggal Kelima Parlimen
  • TEMPATAN

Ahli Parlimen Miri sokong reformasi institusi pada Pembukaan Penggal Kelima Parlimen

Utusan Sarawak 6 hours ago
CHIEW Choon Man bersama Timbalan Menteri Luar Negeri Dato Lukanisman Awang Sauni semasa hadir pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas yang berlangsung di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

MIRI: Ahli Parlimen Miri menyambut baik komitmen Kerajaan MADANI dalam meneruskan agenda reformasi institusi susulan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas yang berlangsung hari ini di Bangunan Parlimen.

Beliau berkata titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat berkenaan mencerminkan keutamaan negara dalam memperkukuh tadbir urus, memacu ekonomi, menjamin kesejahteraan rakyat serta mengangkat kedudukan Malaysia di persada antarabangsa.

Menurutnya, bermula esok, Ahli-ahli Dewan Rakyat akan memulakan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda yang memberi ruang kepada wakil rakyat membangkitkan isu di peringkat nasional dan kawasan masing-masing, sebelum kementerian memberikan jawapan serta penjelasan.

“Sidang kali ini amat signifikan kerana beberapa pindaan undang-undang utama akan dibentangkan termasuk had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun, pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat (FOI) serta Rang Undang-Undang Ombudsman.

“Kesemua ini merupakan teras kepada reformasi institusi yang telah lama dituntut rakyat demi memastikan kerajaan yang lebih telus, bebas daripada penyalahgunaan kuasa dan benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memuji kesungguhan Kerajaan MADANI yang bukan sahaja komited terhadap reformasi, malah berani membawa rangka perundangan yang jelas ke Parlimen bagi memperkukuh tadbir urus negara dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi.

Sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Miri, beliau berkata akan terus memperkasa sektor pelancongan, seni dan budaya di seluruh negara, di samping terus memperjuangkan isu-isu rakyat di Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Keropok amplang Borneo, rangup warisan yang tak lapuk zaman
Next: AirBorneo rancang guna pesawat jet bagi peluasan laluan, jumlah armada masih dibincang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.